
PETALING JAYA: Pelakon, Jazmy Juma, mendedahkan dia mempraktikkan prinsip tidak membawa pasangan ke lokasi penggambaran bagi mengelakkan fokus kerjayanya terganggu dengan urusan peribadi.
Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata, dia tidak membawa pasangannya ke lokasi penggambaran sejak awal dia berkecimpung dalam industri seni lagi.
“Daripada mula kenal sehinggalah sekarang, saya tidak pernah bawa pasangan ke lokasi penggambaran. Saya memang tidak pernah praktikkan perkara itu demi menjaga kerja saya.
“Sejak bekerja dengan JS Pictures lagi saya tidak pernah bawa pasangan. Paling-paling pun saya hanya bawa kawan, pengurus, atau pasukan pengurusan saya sahaja,” katanya.
Jazmy berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada sidang media Majlis Ramah Mesra Eksklusif dan Tayangan Episod Akhir Yes! Captain Zul Aaryan, di Marriot Hotel, di sini, semalam.
Mengulas lanjut mengenai pasangannya, Jazmy memberitahu dia pernah mengajak isterinya untuk melihat sendiri suasana kerja yang dilaluinya sebagai pelakon.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka terikat dengan kesibukan tugas serta kerja masing-masing.
“Saya pernah ajak dia untuk melihat bagaimana ruang kerja dan kehidupan harian saya sebagai pelakon. Tapi,dia pun ada kerjanya sendiri, jadi kami masing-masing sibuk.
“Apa yang penting dalam hubungan kami adalah kepercayaan. InsyaAllah, saya akan cuba membawa dia ke majlis anugerah selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia mengakui timbul sedikit rasa bimbang terhadap keselesaan diri dan pasangannya apabila berhadapan dengan khalayak ramai dalam sesuatu acara.
Ujarnya, dia masih ragu-ragu sama ada isterinya dapat menyesuaikan diri dengan perhatian media, orang ramai atau sebaliknya.
“Saya mahu cuba bagi dia selesa berhadapan dengan orang ramai. Cuma saya takut saya sendiri yang rasa tidak selesa apabila membawa dia ke khalayak ramai kelak,” katanya.
Mengenai drama ini, Yes! Captain Zul Aaryan telah meraih kejayaan cemerlang dengan 1.06 bilion capaian di media sosial (Meltwater), 9.5 juta penonton TV (Nielsen), serta menduduki carta teratas di iQIYI
The post Dari dulu lagi saya tidak pernah bawa pasangan masuk set – Jazmy Juma appeared first on Utusan Malaysia.






