Dari langit cerah sampai gelap masih di Shah Alam

6 Oct 2026 • 9:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dari langit cerah sampai gelap masih di Shah Alam

PETALING JAYA – Hasrat mahu sampai ke destinasi awal bertukar mimpi ngeri apabila pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan di sekitar Seksyen 26, Shah Alam malam ini.

Menerusi perkongsian its.shafaaa_ di Threads, keadaan berkenaan turut menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berdepan kelewatan untuk sampai ke destinasi masing-masing.

“Paip pecah katanyaa, satu jam lebih stuck sis. Kita pun nak ambil anak taska pun lambat,” kata zatysams.

Sementara itu, dyanadzirah mendakwa paip pecah menjadi punca kesesakan teruk yang berlaku dari pagi hingga petang di hadapan kilang Proton, Seksyen 26.

“Paip pecah punca jalan jem teruk dari pagi bawak ke petang. Depan kilang Proton Seksyen 26,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, nik_4lfatah pula mendakwa sudah setengah jam terkandas di Seksyen 20 akibat kesesakan berkenaan.

“Dah setengah jam duk Seksyen 20 ni tak bergerak, dah la nak kencing,” komennya. – KOSMO! ONLINE

The post Dari langit cerah sampai gelap masih di Shah Alam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved