
JAKARTA – Seorang ‘joki’ lumba haram menangis teresak-esak selepas ditahan polis dalam satu operasi besar-besaran di laluan akses keluar Tol Setono, Pekalongan, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Radar Kediri.
Aksi lumba haram yang membahayakan pengguna jalan raya di kawasan itu akhirnya berjaya dibubarkan menerusi operasi bersepadu pihak polis.
Dalam operasi tersebut, puluhan remaja dikenakan saman, manakala belasan motosikal yang diubah suai menggunakan ekzos bising turut disita dan diangkut oleh pihak berkuasa.
Remaja yang bertindak sebagai joki berkenaan kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis sebaik sahaja didatangi pegawai polis di lokasi kejadian, menyebabkan kegiatan lumba haram itu terhenti serta-merta.
Ekoran insiden tersebut, pihak polis mengeluarkan peringatan tegas kepada golongan remaja agar tidak lagi terlibat dalam aktiviti lumba haram, di samping menggesa ibu bapa supaya lebih peka dan aktif memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak. – AGENSI
The post Tak sempat lumba haram, ‘joki’ menangis dicekup polis appeared first on Kosmo Online.






