Dari Manis Ke Savuri, Anda Wajib Cuba Pelbagai Jenis Croissant Di Aeon Mall Kuching

3 Dec 2022 • 9:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peminat pastri pasti suka cadangan ini

Dari Manis Ke Savuri, Anda Wajib Cuba Pelbagai Jenis Croissant Di Aeon Mall Kuching. Croissant ialah sejenis pastri dari Eropah dan kini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai makanan yang sihat. Berbeza dengan roti yang lebih tepu, croissant ialah sejenis pastri yang lebih kering dan rapuh serta agak ringan dengan gelembung udara di dalam tetapi tidak berkecai bila disi.

image is not available
Dari Manis Ke Savuri, Anda Wajib Cuba Pelbagai Jenis Croissant Di Aeon Mall Kuching. Kredit foto: Central Food Station

Croissant rasanya tawar dan sedikit berlemak supaya mesra dengan sebarang hiasan samada manis dengan inti buah-buahan, masin bersama mayonis atau pedas berintikan tuna cili dan sardin. Croissant juga enak dimakan bersama hiasan gula tepung yang ditabur.

Dapatkan pelbagai jenis croissant di Aeon Mall Kuching

Tetapi di Kuching ini, agak sukar untuk mendapatkan croissant dengan pelbagai ‘topping’ mahu pun perisa yang menarik.

Tetapi tahukah anda ada satu lokasi yang menjual pelbagai jenis croissant yang enak dan sedap. Lokasinya terletak di Food Avanue, Aeon Mall Kuching.

Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai croissant dengan pelbagai perisa misalnya charcoal caramel, strawberry choclate, charcoal cheese, white choclate matcha dan sebagainya.

Untuk mereka yang suka menikmati croissant biasa tanpa sebarang topping, anda boleh memilih croissant yang original dengan ditaburi gula halus diatasnya. Fuh, mesti sedap!

Sandwich croissant pun ada

Mereka turut menghidangkan pelbagi jenis sandwich dengan menggunakan roti croissant.

Sekiranya anda menginginkan sesuatu yang ‘savuri’ bolehlah cuba croissant sandwich ini. Menunya pun menarik. Ada chicken mushroom, chicken roast deluxe dan sebagainya.

Menariknya di sini, mereka turut membuat tawaran ‘beli 5 croissant, percuma 1 original croissant’.

Tengok gambar ni pun dah tahu sedap.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai ini, anda boleh rujuk di sini.