Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bahang kehangatan perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Grand Prix (GP) Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kian terasa.
Ramai yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan perlumbaan kereta bertaraf dunia selepas hampir sedekad ianya tidak dianjurkan di Malaysia.
Bila sebut tentang Litar Sepang, ramai yang hanya ingat mengenai reka bentuknya yang seakan Bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya hasil rekaan jurutera dari Jerman, Hermann Tilke.
Namun jangan tidak tahu, banyak lagi fakta menarik tetapi unik tentang litar antarabangsa ini.
Lelaki Kongsi Fakta Unik Tentang Litar Antarabangsa Sepang Dari Sudut Teknikal
Menerusi perkongsian seorang bekas Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Hasbullah Padzilah dalam satu video di Instagram, dia berkongsi fakta menarik dan unik tentang perlumbaan di Litar Sepang yang mungkin ramai tidak tahu.
#1 Litar Sepang Mempunyai 2 Trek Perlumbaan
Mesti ramai yang menyangka Litar Antarabangsa Sepang hanya mempunyai satu trek perlumbaan.
Namun kongsi Dr Hasbullah, Litar Antarabangsa Sepang sebenarnya mempunyai dua trek perlumbaan yang terdiri daripada trek utara dan selatan.
“Litar Sepang ini sebenarnya dia ada dua trek iaitu trek utara dan trek selatan. Dekat sini dia boleh potong untuk jadi satu loop (pusingan) dan dekat sini juga dia boleh potong satu loop.
“Jadi sebenarnya pada satu-satu masa boleh ada dua event racing dekat Litar Sepang ataupun kalau penganjur tak mampu nak sewa semua circuit (litar), boleh sewa salah satu sahaja,” kongsinya.
![Image from: Dari Reka Bentuk Sehingga Trek Lumba, Ini 5 Fakta Unik & Menarik Tentang Litar Antarabangsa Sepang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/litar-sepang_2-768x1024.jpg)
#2 12 Pelumba F1 Gulf Air Grand Prix (GP) Bahrain 2026 Tak Pernah Racing Di Litar Sepang,
Kongsi Dr Hasbullah, 12 pelumba Gulf Air Grand Prix (GP) Bahrain pada tahun ini tidak pernah mempunyai pengalaman berlumba di Litar Sepang.
Malah, Kimi Antonelli dari pasukan Mercedes AMG Petronas baru sahaja berumur sembilan tahun ketika penganjuran perlumbaan F1 terakhir di Malaysia pada tahun 2017.
Jelasnya, pemandu tersebut adalah:
- George Russell
- Kimi Antonelli
- Charles Leclerc (pernah jalani latihan di Litar Sepang tetapi tak pernah berlumba)
- Lando Norris
- Oscar Piastri
- Isacl Hadjar
- Franco Colapinto
- Oliver Bearman
- Gabriel Bortoleto
- Alex Albon
- Liam Lawson
- Arvid Lindblad
“Jadi McLaren, Mercedes dan Red Bull punya sister team ni tak pernah ada yang racing dekat sini tetapi diaorang dah practicelah dekat diorang punya simulator dan kemudian ada juga sesi latihan nanti,” katanya.
![Image from: Dari Reka Bentuk Sehingga Trek Lumba, Ini 5 Fakta Unik & Menarik Tentang Litar Antarabangsa Sepang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/mercedes-amg-petronas-f1_1-768x1024.jpg)
Namun, beberapa lagi pelumba pernah beraksi malah memenangi perlumbaan di Sepang antaranya Lewis Hamilton yang menjuarai Malaysia Grand Prix (GP) pada tahun 2014.
#3 Litar Sepang Litar Paling Lebar Berbanding Litar F1 Lain
Jelas Dr Hasbullah lagi, fakta lain yang menarik tentang F1 adalah dari segi kelebaran litarnya.
“Secara purata, Litar Sepang ini adalah litar yang paling lebar berbanding dengan trek-trek F1 yang lain di dunia.
“Sebabnya adalah kelebaran yang paling rendah adalah 16 meter dan kelebaran paling tinggi adalah 22 meter, lebar gila punya.
“Tujuannya adalah supaya banyak racing line. Racing line ini adalah line yang terlaju pemandu boleh guna untuk lengkapkan satu lap tetapi untuk memotong memang diorang perlukan trek yang lebih lebar,” katanya.
![Image from: Dari Reka Bentuk Sehingga Trek Lumba, Ini 5 Fakta Unik & Menarik Tentang Litar Antarabangsa Sepang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/litar-sepang_4-1024x682.jpg)
#4 Nampak Macam ‘Flat’ Tetapi Litar Sepang Ada Elevation Changes Sama Dengan Bangunan 7 Tingkat!
Mungkin ramai yang nampak Litar Sepang seperti trek perlumbaan yang rata namun hakikatnya perubahan ketinggiannya (elevation changes) bersamaan dengan bangunan tujuh tingkat!
Bahasa mudahnya, ada bahagian pada trek perlumbaan yang mempunyai permukaan naik dan turun.
“Walaupun Litar Sepang ini nampak macam flat (rata) tetapi sebenarnya dia ada elevation changes (perubahan ketinggian) sebanyak 22 meter atau bersamaan dengan tujuh tingkat bangunan.
“Antara yang paling obvious dekat turn 1, turn 2, turn 3 dan turn 4 paling obvious sebab ada naik bukit tinggi dekat sini.
“Satu lagi adalah turn 9, turun 9 ni dia turun sikit lepas tu corner tajam dia naik bukit,” katanya.
![Image from: Dari Reka Bentuk Sehingga Trek Lumba, Ini 5 Fakta Unik & Menarik Tentang Litar Antarabangsa Sepang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kongsi-fakta-menarik-f1_1.jpg)
#5 Litar Sepang Ada Negative Camber Berbanding Litar Lain Yang Condong Ke Dalam
Tambah Dr Hasbullah, fakta terakhir yang menarik tentang Litar F1 Sepang adalah negative camber yang terdapat pada final hairpin.
“Fakta kelima yang paling menarik tentang Litar F1 ini adalah dekat turn 15, dekat final hairpin ini kan, dia ada negative camber.
“Maksudnya dia condong keluar, kalau dekat (litar) Zanvoort ke Madrin ke dia condong ke dalam, tetapi dekat Litar Sepang ni dia condong ke luar.
“Sebelum ini tiada tetapi diorang renovate pada tahun 2016, driver kena slow sikit ambil hairpin dekat sini, kena berhati-hati, kalau tidak, tercampak dekat luar,” jelasnya.
Tambah Dr Hasbullah lagi, negative camber yang dihasilkan bukanlah untuk menyusahkan pemandu F1 tetapi ia bagi memudahkan pengaliran air hujan keluar masuk ke dalam longkang.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kos Pendaftaran Dikenakan Untuk Penganjuran Formula 1 GP Bahrain Di Malaysia – Anwar Ibrahim
Baca Artikel Berkaitan: Litar Antarabangsa Sepang Jadi Lokasi Terbaharu Bazar Ramadan Di Selangor Tahun 2025 [Video]

![[VIDEO] ‘Bang jangan cakap panas, petang race dalam hujan pula’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-02-at-5.04.37-PM-1024x768.jpeg)




