[VIDEO] ‘Bang jangan cakap panas, petang race dalam hujan pula’

2 Oct 2026 • 5:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Bang jangan cakap panas, petang race dalam hujan pula’

PETALING JAYA – Pelumba Formula 1 (F1) masing-masing meluahkan mengenai cuaca panas Malaysia sewaktu sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada petang ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, peminat F1 sempat berkongsi tangkap layar video luahan daripada pelumba tersebut sekali gus mengundang gelak ketawa daripada orang ramai.

“Ini perkara paling gila berlaku dalam hidup saya. Dengan suhu begini, lebih tinggi berbanding di Bahrain,” kata pelumba F1 asal Brazil, Gabriel Bortoleto.

“Tempat duduk di belakang saya sangat panas,” kata pelumba F1 Britain, Oliver Bearman.

Sementara itu, Petronas Sepang International Circuit turut memuat naik komen memaklumkan suhu panas ketika ini adalah yang terendah.

“Ini merupakan suhu paling rendah kami lah,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan cuaca hujan turut dilaporkan di Sepang pada hari ini.

Menerusi maklumat Jabatan Meteorologi petang ini, Sepang di Selangor, menjadi salah satu kawasan yang diramal menerima hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 7 malam ini. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Bang jangan cakap panas, petang race dalam hujan pula’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved