Seorang peserta dikenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’ menjadi perhatian ramai sempena perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara apabila ramai peminat mencadangkan agar beliau diberikan anugerah khas oleh penganjur RXZ Members 8.0.
Cadangan itu timbul selepas beberapa pengguna media sosial mendedahkan lelaki berkenaan dikatakan tidak pernah gagal menunggang motosikalnya dari Kedah untuk menyertai acara tahunan tersebut sejak penganjuran pertama lagi.
Malah, ada penduduk Terengganu mengakui kehadiran ‘Pak Su Tomoi’ setiap tahun sudah menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan.
“Insan yang selalu dinantikan setiap tahun di Terengganu. Semoga Allah permudahkan segala urusan Pak Su Tomoi,” ujar @Diari Sufi.
Seorang lagi pengguna media sosial turut memuji komitmen beliau yang tidak pernah terlepas menyertai acara itu.
“Pak Su ni dari RXZ 1.0 hingga 8.0, penuh kedatangan. Terbaik Pak Su, semoga sihat selalu,” kata @Kudussskudusss.
Dalam pada itu, ramai turut menggesa pihak penganjur memberikan penghargaan kepada ‘Pak Su Tomoi’ atas kesetiaannya menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Penganjur pun cakna la skit. Beri la apa-apa anugerah khas kepada Pak Su ni. Dia tak pernah tak sertai RXZ Members dari 1.0 hingga 8.0. Tak kira la berupa wang atau cenderahati,” cadang seorang netizen.
Selain itu, gaya tunggangan santai yang dipamerkan ‘Pak Su Tomoi’ turut mendapat pujian kerana disifatkan sebagai contoh terbaik kepada penunggang lain.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan slogan ikonik perhimpunan RXZ Members, ‘Yang Kental, Pasti Sampai’, telah digantikan dengan ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bagi edisi kelapan acara itu.
Menurut penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali, perubahan slogan tersebut dibuat bagi menyemai budaya tunggangan yang lebih berhemah dalam kalangan peserta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syarikat Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Arah Pemilik Akaun ‘Archnionverse’ Bayar RM180K - "Duit Saman Kami Akan Salurkan Ke Badan Kebajikan"
The post “Dari RXZ 1.0 Sampai RXZ 8.0, Penuh Kedatangan” – Penganjur RXZ Digesa Beri ‘Pak Su Tomoi’ Anugerah Khas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![[VIDEO] Penganjur RXZ Members digesa beri anugerah kepada ‘Pak Su Tomoi’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/d1cd6874-dae9-4887-9372-773c573d6ae4-1024x714.jpeg)