Tak Pernah ‘Miss’ Sertai RXZ Members Dari Tahun Pertama, Penganjur Digesa Bagi Anugerah Khas Buat ‘Pak Su Tomoi’

31 Jul 2026 • 3:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pak su tomoi

Bagi mereka yang mengikuti perhimpunan motosikal RXZ Members, pastinya ada yang perasan dengan penglibatan salah seorang peserta yang dikenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’ ini.

Dikatakan, ‘Pak Su Tomoi’ ini tidak pernah gagal menyertai perhimpunan tersebut, malah  dia sanggup menunggang motosikalnya dari Kedah sejak dari awal penubuhan acara ini lagi.

Artikel berkaitan : Lelaki Singapura Tak Dapat Sertai RXZ Members 8.0 Lepas Ditahan Lakukan Aksi ‘Superman’

Bahkan, dikatakan ada penduduk Terengganu sentiasa menantikan kehadiran lelaki tersebut saban tahun. Oleh sebab itu, ramai yang meminta penganjur untuk memberikan satu anugerah khas buatnya.

@99xproject

Tok guru kita dah luncurr, fighter yang lain mana? #rxzmember

Selain itu, ‘Pak Su Tomoi’ ini dilihat sebagai seseorang yang disenangi orang ramai kerana beliau memilih untuk menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dengan cara yang begitu santai tanpa melakukan sebarang aksi berbahaya dan ianya disifatkan wajar untuk dijadikan contoh kepada ahli-ahli yang lain.

rider rider 2 rider 3 rider 4 rider 5

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa slogan Yang Kental, Pasti Sampai’ yang sinonim dengan perhimpunan RXZ Members sejak sembilan tahun lalu telah digantikan dengan ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bagi penganjuran edisi kelapan berlangsung esok.

Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, ia bagi menyemai budaya tunggangan berhemah dalam kalangan peserta.

Sumber : Kosmo! TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved