“Dari Tesis Ke Business” – Ramai Puji Wanita Guna Ilmu Ketika Belajar Untuk Berniaga Burger [Video]

LocalFood
23 Jun 2025 • 6:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pelajar institusi pengajian tinggi bagi kursus ijazah sarjana muda secara umumnya diwajibkan untuk menghasilkan kajian tesis berdasarkan kepada kursus yang diambil.

Boleh dikatakan rata-rata tesis hanya bersifat teori dengan produknya tidak digunakan lagi dalam kehidupan harian setelah tempoh kajian tamat.

Namun lain pula buat seorang graduan yang berjaya menggunakan produk tesisnya dalam menjalankan perniagaan makanan.

Pengasas Burger Latte Guna Produk Tesis Untuk Hasilkan Patty

Itulah yang dikongsikan oleh satu jenama burger tempatan, Burger Latte, di akaun TikTok miliknya (@burgerlatte).

Menerusi video yang dimuat naik, wanita dipercayai pemilik jenama tersebut, Nurdamia Qaisara telah menghasilkan sebanyak 300 patty burger bagi projek tesisnya.

Dia sebelum ini merupakan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Video yang dikongsi juga menyaksikan orang ramai beratur di gerai Burger Latte bagi mendapatkan produk itu.

Berdasarkan hantaran di media sosial, antara produk yang ditawarkan ialah Classic Smashburger, Fancy Onion Smashburger dan Alfredo Shroom Smashburger dengan harga bermula serendah RM12.

@burgerlatte from thesis to business. NEXT EVENT: 🎪 PASAR SURI DENIM VIBES 📍Paya Bunga Square 🗓️ 23 – 28/6/2025 ⏰ 10 pgi – 12 malam Seee u soon!!! #foodtech #burgerlatte #smashburger #upm #terengganukite ♬ original sound – Mike Quyen

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Usaha Wanita Gunakan Ilmu Untuk Perniagaan

Perkongsian oleh jenama burger itu mendapat pujian ramai, apatah lagi apabila pengasasnya menggunakan ilmu pengetahuan bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

“Penjual burger berilmu rupanya. Patut pun sedap,” kata seorang individu.

Ada juga yang mengingatkan wanita itu agar tidak berkongsi resepi patty yang dihasilkan dengan titik peluhnya sendiri.

Seorang pengguna media sosial pula memaklumkan bahawa Burger Latte telah mencecah jualan tertinggi bagi event Moreh di Terengganu tahun ini.

Di samping itu, seorang individu berkata wanita itu menjadi contoh graduan yang ingin dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana dapat mencipta peluang pekerjaan dengan ilmunya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok

Patty Daging Hibrid Dihasilkan Dengan Campuran Cendawan Kulat Hitam

Carian kami menemukan kertas kajiannya bertajuk, “Partial incorporation of black jelly mushroom (Auricularia polytricha) as a plant-based ingredient in the production of hybrid patties using meat from different species” yang diterbitkan di bawah International Journal of Food Science and Technology.

Dalam kajian tersebut, cendawan kulat hitam digunakan sebagai gantian daging bagi menghasilkan patty hibrid menggunakan daging dari haiwan berlainan spesies iaitu ayam, lembu, kambing dan kerbau.

Hasil kajian mendapati patty hibrid cendawan itu dengan daging lembu adalah yang paling digemari dari segi teksturnya.

Ia kurang padat dan keras berbanding patty hibrid lain, dan mempunyai tekstur yang paling kenyal dan kohesif.

image is not available
Sumber: TikTok @burgerlatte

Daging Hibrid Pilihan Yang Lebih Sihat

Sebagai info, makanan hibrid menggabungkan daging dan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan bagi menghasilkan produk dengan rasa daging tetapi kurang kandungan kolestrol.

Pengasas Mendocino Food Consulting Kiran Campbell berkata daging hibrid adalah pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan protein itu.

“Produk ini kebiasaannya mempunyai kandungan lemak tepu dan kalori yang rendah, serta lebih banyak serat dan bahan antioksida berbanding daging biasa.

“Sesetengahnya turut merangkumi hidangan sayuran harian anda. Apa yang penting adalah menilai label nutrisi dan senarai bahannya,” jelasnya.