Daripada berdrama, pegang sajalah jawatan sampai gugur semua kabinet -Fadhli Shaari

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 8:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menetapkan peletakan jawatannya hanya berkuat kuasa selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mula menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Persoal tindakan Loke

Menurut Fadhli dalam kenyataannya di media sosial, peletakan jawatan membabitkan urusan rasmi kerajaan dan sewajarnya mempunyai tarikh kuat kuasa yang jelas, bukannya bergantung kepada perkembangan berkaitan bekas Perdana Menteri itu.

“Surat peletakan jawatan ini satu perkara yang serius yang melibatkan urusan rasmi kerajaan.
“Jika benar ia sudah dihantar, bagaimana anda menulis surat dengan tarikh kuat kuasa yang tiada kaitan secara langsung?
“Atau anda sudah tahu bila Najib akan balik ke rumah?” tulisnya.

Terdahulu, Anthony mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Bagaimanapun, peletakan jawatan itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Image from: Daripada berdrama, pegang sajalah jawatan sampai gugur semua kabinet -Fadhli Shaari

Foto: Berita Harian

Mengulas perkara itu, Fadhli turut menyindir keputusan Setiausaha Agung DAP berkenaan.

“Harap tiada yang menulis surat letak jawatan dengan tarikh kuat kuasa apabila bulan mengambang atau apabila Perdana Menteri bertukar.
“Begini sahajalah, daripada anda berdrama, cukup-cukuplah. Pegang sahaja jawatan itu sampai gugur semua Kabinet, kan mudah,” katanya.

Tak sepatutnya letak jawatan bergantung kepada hukuman Najib

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut mempersoalkan tindakan Anthony dengan menyifatkan situasi berkenaan sebagai suatu jenaka.

“Hebat juga Najib, situasi beliau boleh menentukan bila nak letak jawatan.
“Beliau dilaporkan nak tunggu Najib balik rumah, baru kuat kuasa letak jawatan. Ini memang lawak,” katanya.

Menurut Afnan, sekiranya keputusan meletakkan jawatan dibuat atas prinsip, ia tidak sepatutnya bergantung kepada lokasi Najib menjalani hukumannya.

“Orang yang ada prinsip, kalau janji nak letak jawatan, letak sahajalah.
“Prinsip tak perlu ikut tempat atau lokasi. Prinsip tidak perlu tunggu sama ada duduk dalam penjara atau balik rumah,” katanya.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari, Afnan Hamimi Taib Azamudden

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved