Anthony kekal menteri sehingga Najib dapat tahanan rumah

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anthony kekal menteri sehingga Najib dapat tahanan rumah

KUALA LUMPUR: Peletakan ja­watan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan berkuatkuasa bermula dari tarikh Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan di rumah.

Anthony Loke berkata, beliau telah diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan jawatan tersebut untuk satu tempoh selepas menyerahkan surat peletakan kelmarin.

Namun beliau menegaskan, peletakan jawatan berlaku sekiranya Najib mendapat tahanan rumah iaitu selepas bekas Perdana Menteri itu membayar RM50 juta.

“Beliau (Anwar) menasihati saya untuk meneruskan tugas buat sementara waktu. Beliau akan membuat keputusan, tetapi saya katakan bahawa perlu juga ada satu tempoh masa. 

“Tempoh masa itu ialah apabila Najib Razak pulang ke rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini semalam. 

Sebelum ini, Anthony Loke dilaporkan menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. 

Anthony Loke berkata, Anwar telah dimaklumkan bahawa sebab peletakan jawatan beliau adalah berkait dengan tahanan rumah Najib.

“Tetapi sehingga hari ini, Najib belum lagi pulang ke rumah. Jadi Anwar meminta saya meneruskan tugas sementara Najib belum pulang ke rumah.

“Sekiranya esok beliau (Najib) dibebaskan dan pulang ke rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya.

Anthony Loke berkata, tiada sesiapa yang dikenal pasti untuk menggantikan beliau memandangkan peletakan jawatannya masih belum berkuat kuasa.

Katanya, soal pengganti dalah kebijaksanaan Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar berkata, Anthony Loke tidak wajar dipaksa melepaskan jawatan kerana kes sakau pemimpin lain.

“Apa masalah beliau? Prestasi sebagai Menteri Pengangkutan sangat baik. Sebab itu akan saya berbincang dengan beliau,” katanya ditemui pemberita di Majlis Perasmian Hari Profesional Malaysia, semalam.-UTUSAN

The post Anthony kekal menteri sehingga Najib dapat tahanan rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved