PM Anwar akan berbincang dengan Loke berhubung peletakan jawatan

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 10:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM Anwar akan berbincang dengan Loke berhubung peletakan jawatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan terima surat peletakan jawatan Anthony Loke dan berhasrat mengadakan perbincangan lanjut.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan Anthony Loke berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas menerima surat berkenaan semalam.

Anwar berkata tiada masalah berhubung prestasi Loke sebagai Menteri Pengangkutan yang disifatkannya sangat baik.

“Anthony Loke baru bagi surat peletakan jawatan semalam. Semalam saya bergegas ke pengebumian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Apa masalah kerja dia (Loke), kerja dia baik, prestasi sebagai menteri sangat baik. Sebab itu saya akan bincang dengan dia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Hari Ikhtisas Malaysia di sini hari ini.

Anwar turut mempersoalkan mengapa isu peletakan jawatan Loke diberikan tumpuan media sedangkan isu rasuah, rompakan dan “sakau” yang dibangkitkan turut perlu diberi perhatian.

“…  suruh orang itu letak jawatan. Sebab apa yang tak sakau suruh letak jawatan?

“Saya nak tanya betul-betul, negara ini nak buat macam mana? Soal rasuah kita padam, bincang pasal soal Anthony Loke letak jawatan,” katanya.

Terdahulu, Loke berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet kepada Anwar semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved