Daripada usahawan kecil kepada pasaran lebih luas, Sahabat Brand bantu produk tempatan dikenali ramai

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 11:22 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Daripada usahawan kecil kepada pasaran lebih luas, Sahabat Brand bantu produk tempatan dikenali ramai

BERMULA daripada usaha kecil di peringkat komuniti, banyak produk tempatan sebenarnya mempunyai potensi besar untuk dikenali lebih ramai.

Namun, cabaran seperti pemasaran, pengedaran dan membina keyakinan pengguna sering menjadi penghalang buat usahawan mikro untuk berkembang.

Melihat keperluan itu, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) tampil dengan inisiatif Sahabat Brand, sebuah platform yang memberi peluang kepada produk usahawan dalam kalangan anggotanya untuk diketengahkan secara lebih tersusun dan berdaya saing.

Dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, inisiatif berkenaan menyasarkan sekurang-kurangnya 100 Stock Keeping Unit (SKU) menembusi rangkaian kedai runcit terpilih serta pasaran arus perdana menjelang penghujung tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, usaha itu mencerminkan peranan koperasi bukan sekadar sebagai platform ekonomi, malah sebagai pemangkin kepada pembangunan komuniti.

Image from: Daripada usahawan kecil kepada pasaran lebih luas, Sahabat Brand bantu produk tempatan dikenali ramai

Menurut beliau, konsep berkoperasi mampu membuka lebih banyak ruang kepada usahawan untuk berkembang menerusi sokongan bersama serta jaringan yang lebih kukuh.

"Kesedaran masyarakat terhadap peranan koperasi sebagai wadah pembangunan perniagaan perlu terus dipupuk. Melalui koperasi, rakyat dapat bergerak bersama-sama bagi memperkukuh perniagaan masing-masing.

"Pada masa sama, konsep berkoperasi bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama anggota, malah menjadi kekuatan yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Haji Mazri Mahmood berkata, Sahabat Brand diwujudkan bagi membantu usahawan mikro memperkemaskan produk mereka sebelum diketengahkan ke pasaran lebih luas.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sahabat Brand sempena Program KS Jelapang Padi Run 2026 di Pantai Murni baru-baru ini.

Image from: Daripada usahawan kecil kepada pasaran lebih luas, Sahabat Brand bantu produk tempatan dikenali ramai

Melalui pendekatan tersebut, produk terpilih akan dipasarkan menerusi ekosistem perniagaan Koop Sahabat dan rangkaian Kedai Sahabat, sekali gus membantu usahawan mikro memperluaskan capaian pasaran mereka.

Pada masa sama, manfaat daripada pertumbuhan perniagaan itu akan dikembalikan kepada lebih 466,000 anggota menerusi agihan dividen serta pelaksanaan program kebajikan.

Bagi fasa awal, Sahabat Brand memberi tumpuan kepada produk makanan terproses, bahan masakan tradisional serta produk bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk berkembang dalam pasaran tempatan.

Image from: Daripada usahawan kecil kepada pasaran lebih luas, Sahabat Brand bantu produk tempatan dikenali ramai

Selain usaha memperkasa ekonomi komuniti, Koop Sahabat turut meneruskan pendekatan mendekati masyarakat menerusi penganjuran Jelapang Padi Run 2026 yang menghimpunkan kira-kira 3,200 peserta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved