Dasar ekuiti bumiputera bawah Kementerian Ekonomi

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 12:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dasar ekuiti bumiputera bawah Kementerian Ekonomi

PETALING JAYA: Dasar pemilikan ekuiti bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi. 

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memaklumkan pihaknya tidak mempunyai makluman berhubung penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan.

MITI merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dan menjelaskan pihaknya tidak mempunyai makluman mengenainya.

“Untuk penjelasan, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi,” menurut kenyataan itu.

MITI berharap penjelasan berkenaan dapat memperbetulkan peranan kementerian itu dalam perkara terbabit supaya maklumat yang disampaikan kepada orang awam adalah tepat dan jelas.

Kementerian Pendidikan semalam menyebut, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS di bawah kementerian itu.

Kementerian tersebut berkata, keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.-UTUSAN

 

The post Dasar ekuiti bumiputera bawah Kementerian Ekonomi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved