
KUALA LUMPUR: Pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) adalah digalakkan bagi membantu siasatan polis dan mengukuhkan pembuktian kes kemalangan jalan raya, termasuk kejadian langgar lari.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, rakaman dashcam mampu menjadi bukti penting untuk membantu pihak berkuasa menyiasat kejadian serta mengenal pasti pihak yang terlibat.
Katanya, walaupun pemasangan peranti itu tidak diwajibkan, penggunaannya semakin meluas dalam kalangan pengguna jalan raya.
“Langgar lari itu juga memang satu perkara yang memang kita perlu memberikan perhatian. Sekarang ini memang kita menggalakkan pemasangan dashcam.
“Sebab pemasangan dashcam ini banyak membantu daripada segi pembuktian dan juga kepada isu-isu kemalangan ini. Ini dapat membantu siasatan polis walaupun kita tidak mewajibkan pemasangan dashcam ini.
“Tetapi sekarang ini memang semakin banyak orang memasang dashcam ini dan dashcam ini banyak membantu daripada segi apabila berlaku kemalangan termasuk kemalangan langgar lari, ia dapat membuktikan kejadian tersebut dan sudah tentu dapat membantu pihak polis,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Radzi Jidin (Bersatu-Putrajaya) yang meminta kerajaan menjelaskan trend kes langgar lari serta langkah bagi memberikan isyarat jelas kepada pemandu bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan meneliti dari semasa ke semasa keperluan memperketat undang-undang, termasuk hukuman terhadap pemandu yang melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan.
“Daripadasegi memperketatkan undang-undang dan sebagainya, kita akan melihat dari semasa ke semasa sama ada perlu diperketatkan lagi hukuman terhadap isu langgar lari,” katanya. –UTUSAN
The post ‘Dashcam’ banyak bantu siasatan kes langgar lari appeared first on Utusan Malaysia.




![[VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-20-at-3.40.44-PM-1024x766.jpeg)

