Dunia digital tempatan kembali menjadi perhatian selepas platform tempatan Misi Rakyat didakwa mengalami kebocoran pangkalan data yang kemudiannya ditawarkan untuk dijual di arena dark web.
Data Pengguna, Rider Dan Vendor Didakwa Terlibat
Isu berkenaan mula mendapat perhatian selepas akaun pemantau keselamatan siber, Dark Web Intelligence, berkongsi tangkapan skrin yang didakwa menunjukkan penjualan pangkalan data Misi Rakyat.
Advertisement

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak yang mendakwa sebagai penggodam, data berkenaan bertarikh 7 September 2026 dan merangkumi maklumat daripada beberapa kategori pengguna platform tersebut.
Penggodam berkenaan mendakwa mempunyai maklumat peribadi lebih 300,000 pelanggan, termasuk nama, alamat e-mel, nombor telefon serta koordinat alamat kediaman.
Selain itu, maklumat lebih 22,000 penghantar barangan atau rider turut didakwa terjejas, merangkumi nombor kad pengenalan, maklumat lesen, nombor pendaftaran kenderaan dan lokasi GPS semasa.
Data melibatkan 28,562 vendor serta rekod kira-kira 1.88 juta transaksi e-dompet turut didakwa berada dalam senarai yang ditawarkan untuk jualan.
Netizen Risau, Desak Penjelasan
Dakwaan berhubung gabungan maklumat peribadi, kewangan dan lokasi fizikal itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna sekiranya benar berlaku.
Antara risiko yang dibimbangkan termasuk penipuan perbankan, phishing serta ancaman terhadap keselamatan fizikal pengguna.
Rata-rata pengguna Misi Rakyat turut mempersoalkan tahap perlindungan data yang digunakan platform tersebut.
“Habis maklumat lokasi dengan nombor kad pengenalan kita. Macam mana keselamatan data pengguna disimpan sebenarnya?” luah seorang pengguna di media sosial.
Seorang lagi netizen berkata:
“Kami guna aplikasi ini sebab nak sokong ekosistem tempatan, tapi bila perkara macam ini berlaku, memang rasa tak selamat langsung.”
Ruang komen media sosial turut dipenuhi desakan agar pihak pengurusan Misi Rakyat tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
View this post on Instagram
Namun, berdasarkan maklumat yang diberikan, pihak pengurusan atau pengasas Misi Rakyat masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan kebocoran data berkenaan.
Dakwaan Kebocoran Masih Belum Disahkan
Perlu ditegaskan bahawa kesahihan dakwaan penjualan pangkalan data Misi Rakyat masih belum disahkan secara bebas oleh pihak berkuasa tempatan atau pakar keselamatan siber berdasarkan maklumat yang tersedia.
Pengguna bagaimanapun disarankan supaya terus berwaspada terhadap sebarang mesej, panggilan atau pautan mencurigakan daripada pihak tidak dikenali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Memang Berjiwa 'True' Kapitalis" - Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal
The post Data Pelanggan Misi Rakyat Didakwa Bocor, Lebih 300,000 Pengguna Dikatakan Terjejas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] ‘Bagus rakyat Malaysia, siap badan jadi tangga’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/126ea4c3-db37-4ec2-95ec-28d0851f7747-1024x768.jpeg)

