Datuk Red Kena Sekatan Ke Luar Negara, Nur Nilam Bantu Bayar Tunggakan Agar Dapat Tunai Umrah

25 Nov 2025 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Dilaporkan bahawa Datuk Seri Abu atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red tidak dapat menunaikan umrah berikutan dengan isu baki tunggakan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia yang masih belum dilangsaikan.

Bagaimanapun, ada seorang usahawan wanita yang bermurah hati bantu bayarkan tunggakan tersebut, tanpa diduga individu pemurah tersebut merupakan isteri kepada pelakon Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz.

Artikel berkaitan : “Dia Memang Suka Bergurau”– Adira Nafi Rujuk Dengan Datuk Red, Tegaskan Tiada Berita Gembira

image is not available

Kata Nilam, dia mengambil keputusan untuk membantu selepas mengetahui bahawa usahawan tersebut disekat untuk ke luar negara kerana tunggakan berkenaan.

“Saya hanya bantu setakat yang mampu. Itu rezeki Allah. Saya bantu kerana bukan ada niat lain. Apabila dimaklumkan pihak agensi bahawa Datuk Red tersangkut akibat tunggakan, saya terus berjumpa dan bertanya hal sebenar.”

“Tanpa berlengah, saya bayar jumlah yang perlu diselesaikan. Bagi saya tangan yang memberi dan menerima biarlah antara kita dan Allah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan.”

  image is not available

Menurut laporan mStar, Nilam telah menyelesaikan tunggakan sebanyak RM 4,000 dan ia sekaligus membolehkan bekas suami kepada Adira itu diberikan pelepasan ke luar negara selama setahun.

image is not available

Dalam pada itu, Nur Nilam mengatakan yang dia dan Datuk Red akan ke Tanah Suci selama 2 minggu bagi menunaikan umrah.

“Seperti semua jemaah lain, kami datang dengan doa masing-masing. Insya Allah semoga segala yang baik menyertai perjalanan ini.”

“Saya turut mendoakan Datuk Red yang kini melalui fasa hidup yang mencabar. Saya sendiri ada hajar besar yang ingin dipohon di Tanah Suci.”

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.