Datuk Sohaimi kekal Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN 2025

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Datuk Sohaimi kekal Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN 2025

image is not available

28/04/2025 - 18:01

Datuk Sohaimi Shahadan Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 28 April - Datuk Sohaimi Shahadan kekal menerajui Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA) selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Perwakilan (AGM) yang berlangsung hari ini.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood, berjaya dipilih sebagai Timbalan Presiden 1.

image is not available
Datuk Shahul Hameed Dawood

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan D’Tandoor, Datuk Seri Abdul Malik Abdullah, dilantik sebagai Timbalan Presiden 2, menggantikan penyandang terdahulu.

Sohaimi dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada semua ahli DPIA atas sokongan berterusan dan menegaskan komitmen beliau untuk memperkasa peranan DPIA dalam memacu kerjasama perdagangan dan industri di rantau ASEAN.

"Mandat ini adalah satu amanah besar. Kami akan terus memperkukuh jaringan ekonomi serantau serta memastikan DPIA menjadi platform strategik untuk ahli-ahli kami berkembang di peringkat global.

"DPIA juga akan memberi tumpuan meneroka pasaran ASEAN sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Mesyuarat agung itu turut menyaksikan beberapa pembaharuan dalam barisan kepimpinan DPIA, sebagai usaha memperkasa organisasi seiring dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan serantau. - DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved