DBKK akan bina semula lubang leleh cegah banjir kilat di Luyang

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

DBKK akan bina semula lubang leleh cegah banjir kilat di Luyang

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang untuk membina semula lubang leleh di sepanjang jalan di salah sebuah kawasan pusat komersial Luyang bagi mengurangkan kemungkinan air larian bertakung di laluan berkenaan ketika hujan lebat.

Lubang leleh ialah lubang kecil yang dibuat pada tembok penahan dan struktur lain yang membolehkan air yang terperangkap mengalir keluar.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula akan meningkatkan usaha penyelenggaraan parit monsun berhampiran sebuah kawasan perumahan di Sepanggar.

Tindakan itu susulan maklum balas mengenai kejadian banjir kilat di kedua-dua lokasi terbabit.

KAKITANGAN JTP membersihkan lubang leleh di kawasan Luyang Fasa 8 ini.Seorang pemilik premis perniagaan di Luyang Fasa 8 mengadu mengalami kerugian perniagaan ketika hujan lebat apabila jalan raya dan kawasan parkir di sekitar blok premisnya ditenggelami air hujan.

Menurutnya, paras air larian yang semakin meningkat menyebabkan pelanggan berpotensi tidak jadi berkunjung ke premisnya. Beliau berkata, kejadian itu sudah berlaku dua kali dalam tempoh dua bulan lalu, dengan kejadian terbaharu pada Ahad.

Sementara itu, seorang pemilik rumah di Taman Sepanggar Fasa 2 berkata, air dari parit di luar halaman rumahnya melimpah beberapa kali ketika hujan lebat yang melanda kawasan perumahan itu secara berselang-seli sejak pertengahan Mei.

Beliau beranggapan keadaan itu mungkin disebabkan oleh kekurangan kerja penyelenggaraan terhadap parit besar berkenaan yang boleh dilihat dari hujung jalan di kawasan perumahannya.

Kedua-dua individu itu memberikan maklumat berkaitan aduan mereka kepada Hotline. Ia kemudian dikemukakan kepada agensi terbabit.

Jurucakap Jabatan Trafik dan Pengangkutan (JTP) DBKK Bandaraya berkata lima lubang leleh telah dibina pada bahu jalan di Lorong Margosa 1 di hadapan blok rumah kedai yang terjejas.

“Kami berharap dapat membina semula struktur ini pada suatu ketika pada 2027 kerana akaun bagi belanjawan tahunan kami telah ditutup,” katanya.

“Peruntukan untuk membaik pulih lubang leleh di Luyang Fasa 8 telah dimasukkan dalam senarai kerja yang kami rancang untuk dilaksanakan tahun depan.”Katanya, lubang leleh itu pada asasnya berfungsi menyalurkan air hujan dari kawasan parkir ke parit utama di sepanjang Jalan Kolam.

Menurutnya, sekiranya lubang leleh baharu itu masih gagal mengatasi masalah banjir berhampiran rumah kedai berkenaan, JTP akan mendapatkan bantuan Jabatan Kejuruteraan (JK) agensi itu.

“Rakan sekerja kami di bahagian Kejuruteraan perlu merangka pelan tindakan yang berpotensi untuk menambah baik sistem saliran di kawasan parkir itu. Ini mungkin termasuk membina semula kecerunan jalan bagi memudahkan aliran air menuju ke lubang leleh.”Jurucakap itu berkata dua kakitangan JTP telah pergi ke Lorong Margosa 1 pada Isnin selepas mengetahui kebimbangan yang disuarakan oleh pengusaha premis berkenaan.

IMEJ dron menunjukkan parit JPS berhampiran Taman Sepanggar Fasa 2 ini telah dibersihkan dengan sempurna.“Mereka menggunakan batang besi untuk mengeluarkan sumbatan pada lubang leleh yang dapat dibersihkan.

“Bagaimanapun, semua struktur itu tidak dapat dibersihkan kerana mendapati beberapa daripadanya telah ditutup dengan konkrit. Kami masih berusaha mengenal pasti pihak yang melakukannya.”Berhubung parit besar yang mengalir di sepanjang rumah penduduk di salah satu bahagian Taman Sepanggar Fasa 2, JPS telah meminta kakitangannya supaya memberikan lebih perhatian terhadap keadaan kemudahan itu.

Jurucakap agensi itu berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa kerja pembersihan mendapan lumpur di dalam parit berkenaan telah dilakukan dari hujung ke hujung.

“Kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan tugas itu turut membuang rumpun tumbuhan akuatik dari dalam parit, khususnya di sekitar saluran keluar air,” katanya.

“Kami menggunakan dron untuk mengesahkan bahawa parit itu telah dibersihkan dengan sempurna.”Katanya, semakan rekod mendapati sebuah jengkaut telah digunakan bagi membantu kerja-kerja membuang lumpur dan rumpai dari parit besar itu pada penghujung Julai.

Menurutnya, kakitangan jabatan itu telah memeriksa keadaan parit monsun di kawasan KKIP-Utara sebulan sebelumnya.

“Mereka mendapati rumpai memenuhi sebahagian besar ruang di dalam parit manakala tanah rizab di kedua-dua belahnya ditumbuhi tumbuhan liar.

“Kami berharap dapat memulakan kerja menangani masalah itu pada penghujung Jun, iaitu tempoh parit ini biasanya diselenggara, tetapi urusan dalaman telah menyebabkan usaha itu tertangguh.”Jurucakap itu berkata JPS tidak mempunyai jadual tetap bagi penyelenggaraan parit monsun.

“Kami berusaha membersihkan parit di luar sempadan bandar setiap tahun. Jika peruntukan mengizinkan kerja ini mungkin dilakukan sekali lagi pada tahun yang sama.”Katanya, parit di bawah seliaan jabatan itu di ibu negeri lazimnya diselenggara antara tiga hingga empat kali setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved