DBKL roboh 18 struktur haram di Setiawangsa

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

DBKL roboh 18 struktur haram di Setiawangsa

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 18 struktur tanpa kebenaran yang didirikan di rizab jalan awam sekitar Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa, di sini semalam.

DBKL menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Menurut DBKL, tindakan perobohan berkenaan dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 manakala dua tindakan sitaan dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(d) akta sama.

“DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan atas rizab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai serta menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.

Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved