
PETALING JAYA – Sebanyak 18 struktur haram dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi bersepadu di sekitar Pasar Pagi Terbuka, Jalan Rejang, Setiawangsa, di sini hari ini.
Menurut DBKL, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, serta Pengurusan Air Selangor.
“Perobohan 18 buah struktur tanpa kebenaran yang didirikan di rezab jalan awam itu dijalankan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, DBKL turut melaksanakan dua tindakan sita di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Kenyataan itu menambah, DBKL akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap sebarang pembinaan struktur tanpa kelulusan di atas rezab jalan awam demi menjaga keselamatan dan kepentingan orang ramai.
Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/ – KOSMO! ONLINE
The post 18 struktur haram di Setiawangsa dirobohkan appeared first on Kosmo Digital.






