Deepavali: PdP dalam talian atau hibrid dibenarkan di IPTA

30 Oct 2026 • 7:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Deepavali: PdP dalam talian atau hibrid dibenarkan di IPTA

KPT membenarkan PdP secara dalam talian atau hibrid di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti dari 5 hingga 13 Nov sempena Deepavali.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemudahan itu diberikan kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi memberikan ruang kepada mereka pulang ke kampung halaman, serta meluangkan masa bersama keluarga.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

Inisiatif itu mencerminkan keprihatinan KPT terhadap kebajikan warga pendidikan tinggi, di samping meraikan kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Pihak kementerian turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh pelajar, tenaga akademik, warga kementerian serta rakyat Malaysia beragama Hindu.

“Semoga perayaan Pesta Cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua,” menurut KPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved