Deepavali: Pelajar, tenaga pengajar Hindu diberi kemudahan PdP dalam talian, hibrid

30 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Deepavali: Pelajar, tenaga pengajar Hindu diberi kemudahan PdP dalam talian, hibrid

PETALING JAYA: Pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) diberi kemudahan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid mulai 5 hingga 13 November ini sempena sambutan Deepavali.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, kemudahan itu meliputi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Katanya, langkah tersebut bertujuan memberi ruang kepada pelajar dan tenaga pengajar yang meraikan Deepavali pada 8 November ini untuk pulang ke kampung halaman serta meluangkan masa bersama keluarga.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KPT terhadap kebajikan warga pendidikan tinggi, selain meraikan kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2026 kepada seluruh pelajar, tenaga akademik, warga kementerian serta rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

“Semoga perayaan Pesta Cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua. Deepavali Nal Valthukal,” katanya. – UTUSAN 

The post Deepavali: Pelajar, tenaga pengajar Hindu diberi kemudahan PdP dalam talian, hibrid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved