Deepavali: PM Anwar seru rakyat terus pelihara keharmonian 

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 7:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Deepavali: PM Anwar seru rakyat terus pelihara keharmonian 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat menjadikan sambutan Deepavali untuk terus menyemai kebaikan, saling menghormati dan memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya dan kepercayaan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata di sebalik kepelbagaian budaya dan kepercayaan, rakyat berkongsi nilai yang sama iaitu kasih sayang, persefahaman dan keinginan untuk hidup bersama dalam suasana aman dan damai.

“Inilah keindahan Malaysia yang harus terus kita pelihara. Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya!,” kata beliau. 

Anwar turut memuat naik video berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan tinjauan beliau ke Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields, di sini, semalam.

Penganut Hindu di seluruh negara akan menyambut perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya, Ahad ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved