Demi keselesaan ramai! RM55 juta diperuntuk bina laluan pejalan kaki berbumbung di KL

2 Nov 2026 • 10:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan memperuntukkan RM55 juta bagi melaksanakan projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar Kuala Lumpur yang dijadual bermula Januari 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pembinaan laluan sepanjang 22 kilometer (km).

Menurutnya, setiap kawasan Parlimen di Kuala Lumpur akan menerima pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang dua kilometer bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan orang ramai.

“Di bawah peruntukan mengurus DBKL, sebanyak 22 kilometer (km) laluan pejalan kaki akan dibina di kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, dengan pembahagian dua km bagi setiap kawasan Parlimen.
“Projek ini membabitkan peruntukan RM55 juta dan dijangka siap pada suku ketiga tahun depan,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat.

Perkhidmatan kepada pengundi Setiawangsa tidak terganggu - Hannah Yeoh |  Awani

Jelas beliau, pelaksanaan projek itu merupakan kesinambungan inisiatif terdahulu yang bermula pada 2023, melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang 4.35 kilometer di 29 lokasi.

Katanya, kemudahan tersebut bertujuan menghubungkan kawasan kediaman dengan pelbagai destinasi termasuk pusat komersial, perhentian bas, klinik kesihatan dan rumah ibadat.

May be an image of one or more people and text

Dalam perkembangan sama, Hannah memaklumkan DBKL turut merancang pembinaan tambahan 20 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan pusat bandar.

“DBKL juga akan membina tambahan 20 km laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan pusat bandar bagi menghubungkan sistem pengangkutan awam dengan pelbagai destinasi, termasuk pusat komersial, kompleks pejabat serta kemudahan taman seperti Taman Botani dan Taman Tasik Titiwangsa,” katanya.

Projek berkenaan dijangka memperluas jaringan laluan pejalan kaki di ibu negara, sekali gus memudahkan pergerakan penduduk dan pengguna pengangkutan awam.

Sumber: BH Online (Mukhriz Mat Husin )

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved