Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen

1 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen

SINGAPURA – Perbuatan memelihara kucing tanpa lesen menjadi satu kesalahan di Singapura berikutan tempoh peralihan untuk pelesenan haiwan peliharaan tersebut di bawah Akta Haiwan dan Burung berakhir semalam, lapor laman berita Mothership

Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) akan menyiasat maklum balas mengenai pemilik yang tidak patuh dan mengambil tindakan penguatkuasaan.

Mereka yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM15,868).

Pemilik kucing boleh memohon lesen melalui Sistem Pelesenan Haiwan Peliharaan (PALS) milik AVS selepas memastikan kucing mereka dipasang mikrocip oleh doktor veterinar berlesen, dan menamatkan kursus pemilikan haiwan peliharaan  secara dalam talian secara percuma.

Semalam, Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan menyiarkan kemas kini di laman Facebook mengenai tempoh peralihan dua tahun yang bermula pada 1 September 2024.

Beliau sebelum ini berkongsi pada 18 Julai lalu bahawa kira-kira 66,000 kucing peliharaan, atau kira-kira 7 daripada 10 ekor kucing  di Singapura, telah dilesenkan.

Sejak itu, jumlah tersebut meningkat kepada lebih 111,000 kucing peliharaan berlesen setakat ini, kata Tan.  – AGENSI 

The post Denda RM15,000 jika bela kucing tanpa lesen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved