Kes Anjing Rocky: Roghini Devi Didakwa Pelihara Anjing Tanpa Lesen

20 Aug 2026 • 2:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Anjing Rocky: Roghini Devi Didakwa Pelihara Anjing Tanpa Lesen

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (20 Ogos) Muhammad Shah & S Roghini Devi membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menarik dan menjerut sehingga menyebabkan kesakitan ke atas seekor anjing, Rocky pada 29 Julai yang lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Anjing Rocky: Muhammad Shah & Roghini Devi Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tak Bersalah

Pemilik Rocky didakwa pelihara haiwan tanpa lesen sah & mengaku tidak bersalah

Namun Roghini Devi yang juga pemilik Rocky, bagaimanapun sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas satu pertuduhan iaitu memelihara haiwan tanpa lesen sah.

Tertuduh kemudiannya mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Pelihara anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen dari MPK

Mengikut pertuduhan Roghini Devi didakwa telah memelihara seekor anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), lapor Kosmo.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh di hadapan sebuah kediaman di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang pada jam 10.50 malam pada 29 Julai yang lalu.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecel Pelesenan Anjing dan Rumah Pembaikan Anjing (MPK) 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding berlangsung, Roghini Devi telah diwakili oleh peguammnya, Jeremy Vinesh Anthony manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salman Al Farisi Nawawi.

Peguam wakili tertuduh minta jaminan RM500 kerana dah dikenakan jaminan RM6,000 di Mahkamah Sesyen

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya juga mencadangkan jaminan berjumlah RM2,000.

Walau bagaimanapun, Jeremy yang mewakili tertuduh telah memohon jaminan sebanyak RM500 atas alasan tertuduh baru sahaja dikenakan jaminan berjumlah RM6,000 atas pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh dibenarkan dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia

Majistret, A Karthiyayini lalu membenarkan Roghini dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Perbicaraan kemudiannya ditetapkan pada 8 Oktober depan bagi sebutan semula semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved