Kes Rocky: Roghini didakwa lagi tiada lesen pelihara anjing

20 Aug 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes Rocky: Roghini didakwa lagi tiada lesen pelihara anjing

KLANG – Seorang suri rumah yang dikatakan pemilik anjing didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan telah memelihara seekor anjing tanpa lesen, hujung bulan lalu.

Tertuduh, S. Roghini Devi, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A. Karthiyayini.

Mengikut pertuduhan, Roghini didakwa telah memelihara seekor anjing melebihi usia tiga bulan tanpa lesen yang sah dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, kira-kira pukul 10.50 malam pada 29 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembaikan Anjing (MPK) 2007 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi manakala tertuduh diwakili Peguam Jeremy Vinesh Anthony.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM1,000 dan sebutan semula kes pada 8 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

The post Kes Rocky: Roghini didakwa lagi tiada lesen pelihara anjing appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved