Denda RM50 juta belum dibayar! Najib kekal di Penjara Kajang – Peguam

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 12:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang ditetapkan di bawah pengampunan bersyarat dibayar kepada mahkamah.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas Perdana Menteri itu berkata, pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim membolehkan anak guamnya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu bergantung kepada pematuhan syarat yang ditetapkan.

“Sementara itu, dan sehingga denda tersebut dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal berada di dalam Penjara Kajang.
“Anak guam kami serta pasukan peguamnya kini sedang meneliti syarat-syarat tersebut serta implikasi praktikalnya,” menurut firma guaman itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Image from: Denda RM50 juta belum dibayar! Najib kekal di Penjara Kajang – Peguam

Kredit Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Berhubung pembayaran denda RM50 juta, Tetuan Shafee & Co menjelaskan sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan serta tindakan penguatkuasaan kerajaan.

Menurut kenyataan itu, pelupusan aset berkenaan tidak berada sepenuhnya dalam kawalan Najib pada masa ini.

Justeru, keupayaannya untuk memenuhi syarat pembayaran tersebut bergantung sebahagiannya kepada perkara yang berada di luar kawalannya.

Najib kini mendapatkan nasihat dan mempertimbangkan pilihan yang tersedia bagi menentukan kaedah terbaik untuk memenuhi syarat berkenaan.

Dalam kenyataan sama, Najib menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa prerogatif pengampunan diraja dengan memperkenankan pengampunan bersyarat tersebut.

Image from: Denda RM50 juta belum dibayar! Najib kekal di Penjara Kajang – Peguam

Kredit Foto: FB Najib Razak

Artikel lain: “Belum terima apa-apa” -KDN masih tunggu surat rasmi terkait tahanan rumah Najib

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan atas pertimbangan terhadap permohonannya.

Najib turut berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta kepimpinan dan ahli UMNO dan Barisan Nasional di semua peringkat.

Beliau juga menghargai rakyat Malaysia yang menawarkan bantuan bagi memenuhi syarat ditetapkan, namun tidak mahu mana-mana pihak berasa terbeban atau terikat dengan sebarang kewajipan atas namanya.

Najib pada masa sama memohon agar privasi keluarganya dihormati, manakala pasukan peguamnya memaklumkan tidak akan memberikan ulasan lanjut buat masa ini.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved