Dewan Rakyat ucap takziah buat keluarga Zahidi

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 11:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dewan Rakyat ucap takziah buat keluarga Zahidi

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat yang bersidang hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Padang Besar Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin yang meninggal dunia Jumaat lepas.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng menzahirkan ucapan takziah berkenaan sebelum memulakan sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin. Semoga semua ahli keluarga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi ini,” katanya.

Pada 13 November lepas, media melaporkan Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia meninggal dunia pada petang Jumaat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang pada usia 65 tahun akibat komplikasi kegagalan buah pinggang.

Zahidi merupakan Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. – Bernama

The post Dewan Rakyat ucap takziah buat keluarga Zahidi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved