“Di Sebalik Raya, Ada Cerita Yang Tak Terucap”

Family & Parenting
3 Apr 2026 • 7:00 PM MYT
Mirhaa05
Mirhaa05

Write about what I’m learning and what I’m still trying to figure out.

Image from: “Di Sebalik Raya, Ada Cerita Yang Tak Terucap”
Photo by kevin laminto on Unsplash

Dalam hidupku, aku anak sulung. Anak sulung yang selalu jadi tempat bergantung, tempat berkorban, tempat orang lain sandarkan harapan. Masa mak ayah bekerja keras tapi masih tak cukup, aku yang buat keputusan paling berat dalam hidup berhenti sekolah. Semata-mata perlu jaga keluargaku.

Padahal aku dapat result SPM yang bagus.

Tapi aku fikir panjang. Kalau aku sambung belajar, siapa nak bantu keluarga? Yuran, makan, duit harian—semua perlukan duit. Dan masa tu, aku tahu… keluarga aku tak mampu. detik itu, aku buat keputusan untuk ambil jalan hidup ini

Jadi aku memilih untuk mengalah.

Aku tinggalkan kampung di Perlis, pergi ke Kuala Lumpur. Dengan harapan, aku boleh ubah hidup kami. Tapi KL bukan mudah. Cari kerja bukan senang. Hari-hari penuh dengan penolakan, keletihan, dan rasa putus asa.

Akhirnya, aku dapat kerja sebagai cleaner di sebuah restoran. Gaji RM2000. Cukup-cukup makan.

Aku tinggal dengan Kak Anis. Seorang wanita yang tak ada hubungan darah dengan aku, tapi layanan dia… lebih daripada keluarga sendiri. Dia masak untuk aku, jaga aku, ajar aku. Dalam kesusahan, dia ada. Kak Anis tak kahwin sebab takde orang yang nak seorang yang anak yatim piatu

Dari situ, aku belajar. Dari cleaner, aku naik perlahan-lahan. Sampai satu tahap, aku jadi head chef di restoran milik Kak Anis. Ye kak anis dah ada restoran korang.

Sementara itu, adik-adik aku… berjaya.

Seorang jadi doktor. Seorang lagi jadi artis. Aku bangga. Sangat bangga. Semua pengorbanan aku, aku rasa berbaloi.

Tapi aku silap. Tapi aku tidak dihargai

Bila tiba masa mereka nak kahwin, aku tak dijemput.

Alasan mereka?

“Ala, kakak tu tukang masak je…”

Hati aku hancur seperti gelas yang pecah

Aku bukan minta penghargaan besar. Aku tak minta dibalas segala yang aku buat. Tapi sekurang-kurangnya… jemputan. Sebagai seorang kakak. Sebagai darah daging.

Raya yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan, tiba-tiba jadi kosong. Sebelum ini aku jarang balik ke kampung, sebab memang nak cari duit bagai

Aku mula persoalkan—apa sebenarnya makna keluarga? Apa guna kita beraya bersama kalau dalam hati, kita dah tak dihargai?

Dari situ aku belajar satu perkara.

Pengorbanan itu penting. Tapi jangan sampai kita hilang diri sendiri.

Kita boleh bantu keluarga, kita boleh berkorban… tapi dalam masa yang sama, kita juga kena invest dalam diri sendiri. Pendidikan, nilai diri, harga diri—itu semua penting. Bukan untuk tunjuk hebat, tapi supaya satu hari nanti, dunia tak pandang kita sebelah mata.

Sebab realitinya…

Bila kita terlalu biasa berkorban, orang akan mula anggap itu tanggungjawab. Bukan lagi pengorbanan. Lagi-lagi kalau mereka tidak dapat bezakan apa itu kesenangan dan kesusahan? Kasih sayang sejak kecil tidak jadi makana lagi ?

Dan bila kita tak ada apa-apa untuk diri sendiri… kita yang akan hilang segalanya.

Perhatian kepada pembaca ini adalah cerita fantasi dan berjudul Slice of Life dari imaginasi saya


Mirhaa05 (hemirhaphysio@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.