“Dia ada hati tapi bertepuk sebelah tangan” – Diana Danielle Didakwa Tumpang Populariti Abang Bas

Entertainment
9 Sep 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle ada bersuara dan mengecam perbuatan seorang pemandu bas yang menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai kandungan di media sosialnya.

Jelas Diana, dia memilih untuk bersuara kerana tidak tahan melihat kes jenayah melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin berleluasa.

Diana didakwa ada hati dengan pemandu bas?

Namun, tindakannya bersuara mendapat reaksi yang berbeza daripada segelintir pihak apabila ada yang mendakwa isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini hanya mahukan perhatian dalam isu berkenaan.

Ada juga yang mendakwa pelakon Imaginur itu merupakan individu yang membuat laporan terhadap pihak berkuasa mengenai pemandu bas terbabit. Bagaimanapun, Diana telah menafikan dakwaan tersebut.

image is not available image is not available

“Siapa yang menumpang?”

Isu pemandu bas terbabit telah mencetuskan perbalahan netizen susulan ada yang memihak kepada lelaki itu.

Dalam pada itu, Diana memberi respon bahawa dia tidak menumpang populariti kes terbabit dan menegaskan hanya lega bahawa kandungan yang dibuat pemandu itu telah dipadam selepas suspek ditahan polis Jumaat lalu.

Gorl. Said aku menumpang populariti Abang Bas tau hahahahaha. Setakat buat content memandu bas tak tengok jalan sambil tenung anak buah dia macam nak makan, siapa yang nak menumpang?” ujarnya.

image is not available

Menurut laporan, pemandu bas terbabit ditahan reman selama lima hari sehingga 10 September atas dakwaan merakam video memaparkan wajah kanak-kanak terutamanya pelajar perempuan untuk dijadikan kandungan media sosialnya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.