“Dia Ada Sempadan & Jaga Halal Gap…” - Yasmin Hani Kongsi Keperibadian Zarif Ghazzi

19 Nov 2026 • 10:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Dia Ada Sempadan & Jaga Halal Gap…” - Yasmin Hani Kongsi Keperibadian Zarif Ghazzi

Bekerjasama dalam siri dan filem Kudrat 1968: High Council, pelakon Yasmin Hani berkongsi keperibadian aktor Zarif Ghazzi ketika berada di set penggambaran.  Menurut Yasmin, biarpun Zarif lebih banyak meluangkan masa bersama barisan pelakon lelaki namun dia melihat aktor berusia 22 tahun itu sentiasa menjaga batasan ketika siri jelajah.  “Masa dekat set, saya tak banyak sangat jumpa dia sebab dia memang lepak dengan the boys saja. The boys tak lepak dengan kita… veteran lepak dengan veteran macam tu.  “Tapi bila kita buat siri jelajah tu, dia ada sempadan, ada jaga halal gap. Dia pun sangat polite dan baik,” kata Yasmin kepada Gempak.  Yasmin berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri majlis Malam Nona Gala Awards yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.  Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun ini turut menitipkan nasihat buat Zarif agar tidak membaca komen buat masa sekarang untuk menjaga kesihatan mental.  “Harapnya isu ini dapat diselesaikan. Buat masa ini, dia kena bertenang. Jangan baca komen-komen. Jika ada pengurus atau sesiapa wakil ke, biar mereka yang update keadaan sekarang.  “Otherwise, tak perlu baca untuk your own mental health. It's too much for you to know,” ujarnya.  Terdahulu, pihak pengurusan Zarif Ghazzi menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan artis mereka dan menegaskan Zarif sentiasa mengutamakan profesionalisme dan integriti. Satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam dilantik untuk meneliti tindakan perundangan yang sesuai berhubung isu tersebut. Mereka menyeru masyarakat dan media agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi individu terlibat dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved