“Dia Dah Lain..”, Netizen Terkejut Lihat Aksi Ina Naim Berjoget

EntertainmentLifestyle
28 Aug 2025 • 2:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ina Naim

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Ina Naim kembali menjadi perhatian selepas anak sulungnya, Hadie menyertai program realiti nyanyian Talk To My Manager.

Menerusi TikTok, Ina dilihat kerap berkongsi aktiviti harian bersama Hadie termasuk jadual persediaan konsert mingguan.

Video Hadie nyanyi ‘Aspalela’ undang perhatian

Terbaru, Ina memuat naik video Hadie menyanyikan lagu Aspalela dengan santai dipercayai sebagai latihan untuk konsert hujung minggu ini.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gelagat Ina sendiri yang berjoget manja di sisi anaknya.

Netizen dakwa Ina Naim dah berubah

image is not available

Aksi ceria Ina mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang merasakan Ina kelihatan ‘bukan dirinya yang dulu’ dan sudah banyak berubah.

Macam pelik je tengok Ina sekarang… macam lain.

Namun begitu, ramai juga tampil mempertahankan Ina dengan mengatakan penyanyi itu sememangnya seorang yang ceria sejak dahulu lagi terutama ketika bersama Allahyarham Suhaimi Saad.

Selain itu, ramai netizen yang memberikan sokongan kepada Hadie agar terus maju dalam program nyanyian tersebut. Malah, ada yang mencadangkan supaya Hadie memilih lagu yang lebih sesuai dengan tone suaranya.

Pssttt! Kadang-kadang, orang hanya nampak dari luar tanpa benar-benar mengenali diri kita. Yang penting, jadi diri sendiri dan teruskan memberi sokongan kepada orang tersayang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.