“Dia dah lama bagi hint” – Janna Nick Pernah Sindir Ruhainies Pasal Penyondol?

Entertainment
29 Apr 2024 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kontroversi tentang hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan sejak salah seorang skandal Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah membongkarkan pelbagai sisi gelap antara dua pelakon tersebut.

Terbaharu, satu potongan video telah tular di TikTok di mana pelakon dan pengacara, Janna Nick pernah menemu ramah Ruhainies dalam sebuah rancangan TV, ‘Famili Duo’ pada bulan November tahun lepas.

Janna Nick perli Ruhainies?

Dalam video tersebut, Janna pada mulanya bertanya kepada Ruhainies tentang tujuannya datang ke rancangan tersebut namun soalan yang diberi seolah-olah sedang memerli pelakon itu.

Namun, soalan yang diberi berbaur perli apabila dia bertanya kepada pelakon Ruhainies adakah dia mempunyai niat untuk merampas suami orang.

“Datang ni nak support siapa? Ada niat nak menyondol sesiapa ke?”

Bagaimanapun, Ruhainies menidakkan soalan tersebut lalu mempromosikan jenama yang menaja rancangan itu. Sekali lagi, Janna Nick memerli Ruhainies adakah lelaki di sebelah Ruhainies pada waktu itu merupakan skandal pelakon berkenaan.

‘Mungkin orang ingat founder perempuan kan?’ Rupanya lelaki – Ruhainies

‘Baru ingat skandal tadi..’ – Janna Nick

Janna dari masa depan ke?

Ramai netizen mengganggap Janna Nick seakan-akan tahu tentang sisi gelap Ruhainies dan ingin memberitahu sesuatu kepada umum tetapi dalam nada bergurau.

image is not available

image is not available

Untuk rekod, Ruhainies pernah ditangkap khalwat dengan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium sebelum dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.