“Dia hancurkan masjid saya” – Diperli Jadi Pemusnah Rumah Tangga, Dewi Dakwa Cik Epal Mulakan Dulu

Entertainment
23 Oct 2024 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga pasangan pempengaruh terkenal, Jofliam dan Cik Epal iaitu Dewi baru-baru ini kembali menjadi sorotan selepas muncul dalam sebuah temubual yang dikendalikan oleh Astro Gempak.

Dalam temubual itu, dia mendakwa Cik Epal telah memberi tawaran kepadanya sebagai isteri kedua kepada Jofliam bagi menebus kesilapan Cik Epal.

Didakwa pemusnah rumah tangga

Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi dilihat menerima tohmahan daripada netizen selepas menjelaskan hal sebenar dari sisinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Dewi menjawab dakwaan seorang individu yang mengatakan dia adalah pemusnah rumah tangga.

image is not available

Menurutnya, dia tidak boleh mendedahkan tentang keseluruhan konflik yang berlaku kerana tidak mahu menjaja isu rumah tangganya.

“Saya tak dapat nak cerita hal yang sepenuhnya sebab ia melibatkan rumah tangga saya.

“Saya tak suka publicise hal rumah tangga saya dekat media sosial media.”

Dakwa pembantu peribadi Jofliam itu, Cik Epal yang terlebih dahulu memusnahkan rumah tangganya kerana menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya tak nak berjumpa dengan Cik Epal pada awalnya sebab dia dah hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnahnya. Sebab masa dia berjumpa dengan saya, dia menangis.

 

“Cik Epal sendiri cakap, disebabkan dia sudah hancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.

“Sebab tu Cik Epal tawarkan saya untuk jadi isteri kedua untuk tebus kesilapan dia. Whatsapp semua ada butki daripada Cik Epal,” katanya.

image is not available

Dalam perkongsian lain, Dewi mengatakan dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.