“Dia ingat tu doll ke?!” – Ramai ‘Panas’ Tengok Wanita Buat ‘Full Makeup’ Untuk Monyet

Entertainment
17 Jun 2022 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Para pencinta haiwan sememangnya akan terdorong untuk mempunyai haiwan peliharaan mereka sendiri. Malah, ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit demi keselesaan dan kebajikan pets kesayangan.

Yang selalu kita nampak orang jadikan haiwan peliharaan adalah kucing, anjing, hamster dan sebagainya. Tapi korang jangan terkejut pula kalau ada juga yang bela haiwan selain dari yang min cakap tadi.

Baru-baru ini tular di Twitter milik biologis haiwan liar dari Indonesia yang kongsikan video tindakan seorang wanita mengenakan makeup kepada monyet yang dipercayai haiwan peliharaannya.

Bukan saja mengenakan solekan sederhana kepada wajah monyet, wanita ini turut memakaikan full makeup kepadanya termasuklah calitan maskara dan liptint sebagai pengganti eye shadow, siap dengan pemerah pipi!

“Tu bukan sayang namanya, tu abuse!”

 

Perkongsian itu mendapat kecaman di Twitter apabila ramai yang menyuarakan rasa tak puas hati mereka terhadap tindakan wanita tersebut kerana tergamak melakukan perbuatan itu kepada haiwan.

image is not available

 

“Dia diam bukan bermakna dia kasi kau greenlight nak makeup muka dia. Apa yang heartless sangat ko ni?” – Komen netizen

image is not available

Video itu pada awalnya dimuat naik di TikTok dan dipercayai pemilik akaun ini merupakan wanita dari Malaysia. Namun video itu telah pun dipadam dari akaunnya selepas mendapat kecaman orang ramai.

Allahu, min pulak yang sedih tengok… Korang jangan ada yang nak ikut buat benda ni okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.