“Dia nak belajar jugak”- Lembu Ceroboh Masuk Dalam Kelas Di Sekolah Thailand Buat Ramai Terhibur

Entertainment
10 Nov 2024 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman persekolahan memang ada banyak kenangannya. Ada yang lucu, manis dan juga kenangan pahit. Namun, memori-memori itulah yang membentuk kita pada hari ini.

Seperti murid-murid di sebuah sekolah di Thailand baru-baru ini yang menjadi perhatian ramai warganet dari luar negara mereka kerana bilik darjah mereka tiba-tiba ‘diceroboh’ oleh seekor lembu.

Video gelagat seekor lembu itu memasuki kelas murid-murid itu telah dikongsikan di TikTok dan sehingga kini telah meraih tontonan sebanyak 2.6 juta kali di platform tersebut.

Video lucu itu telah dikongsikan oleh akaun billiebebenz di TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama 24 saat itu, dapat dilihat seekor lembu berada di tengah-tengah bilik darjah berhampiran meja-meja murid setelah ia memasuki kelas berkenaan.

Murid-murid kelas tersebut kemudiannya dilihat keluar dari kelas dengan tenang dan tidak panik, mungkin kerana takut menjadi mangsa tandukan lembu itu atau risau jika ia tiba-tiba mengamuk.

Setelah kesemua murid itu keluar dari kelas tersebut, lembu itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di dalam kelas berkenaan sebelum ia akhirnya keluar dari bilik darjah itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terhibur dengan gelagat lembu itu.

Mungkin lembu tu pun nak belajar jugak…

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved