Pelakon Zahirah MacWilson tampil memberikan penjelasan mengenai penampilan terbaharunya yang kini sudah mengenakan hijab.
Ketika ditemui media, Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, mengakui dirinya masih berada dalam proses untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut Zahirah, perjalanan spiritual setiap individu adalah berbeza dan dia memilih untuk melalui perubahan tersebut secara perlahan-lahan.
Saya masih mencuba lagi. Bagi saya masing-masing ada perjalananan spiritual dan semestinya kita mengambil masa sendiri, jadi pada saya ia adalah sesuatu yang sangat peribadi.
Tetapi Alhamdulillah buat masa ini saya masih menikmatinya dan mencuba.
Zahirah MacWilson Sudah Berhijab Hampir Dua Bulan
Menurut Zahirah, niat untuk menutup aurat sebenarnya sudah lama terdetik dalam dirinya sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, dia tidak menghebahkan mengenai perubahan tersebut dan hanya mula memakai hijab secara konsisten sejak kira-kira dua bulan lalu.
Sebenarnya hajat dan niat itu sudah lama semenjak dari tahun lepas. Boleh dikatakan saya sudah pakai hampir dua bulan cuma saya tidak uar-uarkan.
Saya mula pakai pun pada awalnya sebab suka. Kadang kala keluar rumah saya pakai dan lama kelamaan orang kata ‘melekatlah’.
Zahirah mengakui dirinya masih belum sempurna dan menganggap keputusan berhijab sebagai sebahagian daripada proses perubahan dalam hidupnya.
View this post on Instagram
Saya tidak sempurna dan masih mencuba, ia adalah sebuah perjalanan dan transisi. Tetapi saya banyak belajar dan banyak perkara-perkara positif di sekeliling saya.
Ramai yang DM saya dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Ia sangat bermakna dan saya sangat hargai.
Belum Bersedia Dedah Sebab Utama Berhijab
Walaupun sudah mula berhijab, ibu kepada dua cahaya mata itu masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai faktor yang mendorong dirinya mengambil keputusan tersebut.
Saya belum bersedia untuk berkongsi, suatu hari nanti insyaAllah saya akan kongsikan keseluruhanya.
InsyaAllah selepas itu, saya berharap perkongsian itu akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang.
Zahirah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sumpah Ayah yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Lakonan
Dalam perkembangan lain, Zahirah turut mendedahkan keputusan untuk berhijab memberi perubahan terhadap pemilihan tawaran lakonannya.
Pelakon itu mengakui terpaksa menolak beberapa projek yang dirasakan tidak lagi sesuai dengan penampilannya sekarang.
Apabila saya sudah memakai hijab, sudah semestinya akan tolak beberapa tawaran lakonan tetapi bagi saya semua rezeki datang daripada Allah SWT.
Pada awalnya saya menolak untuk melakonkan drama ini tetapi pihak produksi datang kepada saya dan kami berbincang.
Bagaimanapun, pihak produksi drama Sumpah Ayah bersedia melakukan beberapa penyesuaian terhadap skrip bagi memenuhi keadaan serta penampilan Zahirah.
Mereka memahami keadaan diri saya dan menukar beberapa bahagian skrip untuk sesuaikan dengan karakter.
Mereka tidak tahu saya akan bertudung tetapi tidak lama selepas itu mereka faham.
Aiman Hakim Ridza Beri Sokongan Penuh
Dalam masa sama, Zahirah turut bersyukur apabila suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza, sentiasa menyokong perubahan yang dilaluinya.
Menurut Zahirah, Aiman tidak pernah memaksanya untuk berhijab dan keputusan itu berlaku secara semula jadi.
Dia tak pernah paksa saya, semuanya berlaku secara semula jadi dan dan dia sangat menyokong saya. Saya sangat hargai sokongan yang diberikan oleh Aiman.
Pada Aiman, yang penting hati, janji hati baik. Jadi kita pun tidak akan mudah menilai orang.
Terdahulu, penampilan terbaharu Zahirah mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi beberapa foto memakai hijab ketika bercuti bersama keluarganya.
Perubahan tersebut menerima banyak reaksi positif dan doa daripada peminat yang berharap Zahirah terus istiqamah dalam perjalanan baharunya.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Minta Maaf.." - Shukri Yahya Akui Kesilapan, Minta Netizen Jangan Kaitkan Isteri
The post “Dia Tak Pernah Paksa Saya, Dah Hampir Dua Bulan..” – Zahirah MacWilson first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






