Pelakon Aiman Hakim Ridza memaklumkan isterinya, aktres Zahirah MacWilson, kini sedang melalui proses transisi untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik selepas mula mengenakan hijab sejak dua bulan lalu.
Ketika ditemui OhBulan!, Aiman atau nama lengkapnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 37, berkata perubahan seseorang tidak seharusnya dinilai daripada penampilan luaran semata-mata.
AdvertisementView this post on Instagram
Sebaliknya, dia berpendapat perkara yang lebih penting adalah memahami tujuan di sebalik perubahan tersebut serta memperbaiki keperibadian diri.
Dia sebenarnya sedang mencuba. Pada saya yang penting bukanlah setakat bertudung tetapi apa yang ada di sebalik hijab.
Bagi saya dia harus tahu sebab serta kebaikan pemakaian tersebut, yang penting sebenarnya adalah keperibadian seseorang.
Berhijab adalah untuk memperbaiki diri, bukan semata-mata sebab untuk menutup aurat.
Aiman berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sumpah Ayahku yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Aiman Hakim Banyak Bimbing Zahirah
Dalam pada itu, Aiman turut berkongsi bahawa Zahirah banyak bertanya kepadanya mengenai pemakaian hijab dan proses perubahan yang sedang dilaluinya.
Sebagai suami, Aiman cuba membimbing isterinya agar memahami penghijrahan bukan sekadar melibatkan perubahan penampilan, malah turut merangkumi aspek keperibadian dan adab seseorang Muslim.
View this post on Instagram
Ya, ada diberitahu saya untuk memakai hijab dan banyak bertanya kepada saya juga.
Tetapi yang saya tekankan adalah keperibadian. Pada saya dia mesti faham mengapa dia pakai hijab, bukan semata-mata kerana pemakaian itu.
Isi kandungan sebagai seorang muslim itu lebih penting sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi tak ada adab pun tak guna.
Menurut Aiman, memahami sebab seseorang memilih untuk berhijab adalah penting supaya perubahan tersebut datang dengan kesedaran dan kefahaman sendiri.
Zahirah Sudah Berhijab Hampir Dua Bulan
Terdahulu, Zahirah mendedahkan dirinya sudah mula mengenakan hijab sejak hampir dua bulan lalu selepas menyimpan niat untuk menutup aurat sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, pelakon itu masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai faktor yang mendorong dirinya mengambil keputusan tersebut.
Penampilan terbaharu Zahirah sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas dia berkongsi beberapa foto mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarganya.
Untuk rekod, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isaac Raees, 5, dan Inara Raisa, 2.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Tak Pernah Paksa Saya, Dah Hampir Dua Bulan.." - Zahirah MacWilson
The post “Dia Sebenarnya…” – Aiman Hakim Ridza Titip Pesanan Buat Isteri Tersayang Zahirah MacWilson first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






