“Dia Terlalu Muda” – Bapa Allahyarham Zainol Afiq Akui Terkejut, Dedah Arwah Sempat Berbual Sejam Dengan Ibu Sehari Sebelum Nahas

9 Sep 2026 • 3:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Dia Terlalu Muda” – Bapa Allahyarham Zainol Afiq Akui Terkejut, Dedah Arwah Sempat Berbual Sejam Dengan Ibu Sehari Sebelum Nahas

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Nahas melibatkan sebuah Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) atau turut digelar Flying Doctor di Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, Sarawak petang semalam (8 September) sehingga kini masih menjadi bualan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu, kesemua lima individu yang berada dalam helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang.

Difahamkan ketika kejadian, helikopter tersebut dikendalikan Kapten Zainol Afiq Bee Sham dan membawa empat orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bapa Akui Terkejut, Sangka Hanya Nahas Biasa & Tak Libatkan Kehilangan Nyawa

Terbaharu, bapa kepada Allahyarham Zainol Afiq mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Menurut Bee Sham Ahmad, dia pada mulanya menyangka insiden terbabit hanyalah nahas biasa dan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa selepas diberitahu oleh seorang anaknya.

Namun dek kerana rasa tidak sedap hati, Bee Sham kemudiannya menghubungi rakan arwah yang bertugas bersama anaknya itu di Miri, Sarawak sebelum mendapat pengesahan berhubung kejadian berkenaan.

“Saya masih tidak boleh menerima berita itu. Dia terlalu muda, saya masih tak percaya dia sudah tinggalkan kami,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Anak Sempat Telefon & Berbual Dengan Ibu Selama Satu Jam Sehari Sebelum Nahas

Kongsi Bee Sham, anak keempat dari 12 beradik itu sempat menelefon dan berbual dengan isterinya hampir sejam sehari sebelum kejadian.

“Seperti selalu dia akan berbual dengan kami menerusi panggilan telefon. Dia berbual seperti biasa dan memang menjadi rutin menerbangkan helikopter apabila ada panggilan.

“Memang cita-citanya menjadi juruterbang sejak di bangku sekolah dan pada usia 21 tahun, dia sudah bekerja,” kongsinya.

Bapa Sifatkan Arwah Zainol Afiq Anak Yang Baik, Ceria & Bertanggungjawab

Malah, Bee Sham turut menyifatkan Allahyarham Zainol sebagai seorang anak yang baik, ceria dan bertanggungjawab.

Kongsinya, kali terakhir dia dan isteri berjumpa dengan arwah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada bulan lalu sewaktu pulang mengundi.

Bapa Datang Ke Miri Bersama Ahli Keluarga Lain, Harap Urusan Pengurusan Anak Berjalan Lancar

Tambah Bee Sham lagi, dia bersama isteri, tiga orang anaknya dan ibu bapa mentua Zainol Afiq akan hadir ke Miri pada hari ini (9 September) dan berharap urusan pengurusan mangsa berjalan dengan lancar.

Kongsinya, sebaik tiba di Miri, sampel asid deoksitibonukleik (DNA) akan diambil untuk tujuan pengecaman mayat.

“Saya difahamkan mayat masih berada di lokasi kejadian. Kami harap dapat membawa pulang jenazahnya untuk dikebumikan di Negeri Sembilan,” katanya.

Semalam (8 September), helikopter dengan pendaftaran BO-105 yang membawa lima individu termasuk Zainol Afiq dilaporkan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.

Selain Zainol Afiq, empat mangsa yang dikenal pasti adalah:

  1. Dr Ainul Baraah Kamaruddin (Pegawai Perubatan)
  2. Alexson Adit (Penolong Pegawai Perubatan)
  3. Debra Moset (Jururawat)
  4. Jessie Paya (Jururawat)

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Sudah Ada Janji Dengan Pesakit” – Tabur Bakti Sehingga Akhir Hayat, Pemilik Kedai Runcit Kongsi Ayat Terakhir Penumpang Sebelum Berlepas

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter: Residen Miri Sahkan Juruterbang & 4 Petugas KKM Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Anak Yang Baik” – Ibu Dr Ainul Pengsan Lepas Tahu Anak Mangsa Nahas Helikopter

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved