Nahas helikopter: Anwar kenang jasa Allahyarham Kapten Zainol Afiq

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Anwar kenang jasa Allahyarham Kapten Zainol Afiq
Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham pernah memberi khidmat kepada Anwar Ibrahim sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Image from: Nahas helikopter: Anwar kenang jasa Allahyarham Kapten Zainol Afiq
Anwar ketika menghubungi bapa mangsa, Bee Sham menerusi panggilan telefon.
Image from: Nahas helikopter: Anwar kenang jasa Allahyarham Kapten Zainol Afiq
Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham pernah memberi khidmat kepada Anwar Ibrahim sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Foto media sosial

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menzahirkan rasa terkesan selepas mengetahui kapten yang menerbangkan helikopter doktor udara (FDS) yang terlibat nahas, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham pernah memberi khidmat kepadanya sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada bapa mangsa, Bee Sham Ahmad melalui panggilan telefon.

Anwar menyifatkan Zainol Afiq, 31, seorang yang baik, sopan dan berbudi pekerti sepanjang tempoh tersebut.

"Inilah sahabat yang bantu dalam keadaan kita susah dulu. Bawa ke sana sini. 'Very nice guy'. Salam nak naik, salam nak turun," ujarnya pada Rabu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Selasa mengesahkan lima individu berada di dalam helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOL Long Lellang.

**media[3641689]**

CAAM berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Helikopter buatan Jerman itu dikenal pasti mempunyai nombor pendaftaran 9M-LLF.

Zainol Afiq disahkan maut dalam nahas tersebut yang turut mengorbankan pegawai perubatan, Dr Dr Ainul Baraah Kamaruddin, pembantu pegawai perubatan, Alexson Adit, serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads @Amiruladnans mendedahkan beliau beliau dan Afiq pernah bertugas menerbangkan Anwar ketika berkempen sempena PRU15 yang lalu.

Amirul Hakeem turut memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan Anwar berada di dalam helikopter yang dikendalikan Zainol Afiq.

Sementara itu, Anwar mengakui terkesan melihat gambar berkenaan serta menghantarkan kiriman foto kepada ahli keluarganya.

"Saya hantar kepada Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), keluarga semua. Mereka pun mendoakanlah. Sedih semua juga,” katanya.

Dalam perbualan tersebut juga, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa perkara yang sewajarnya akan dibantu bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

**media[3641707]**

"Apa yang patut kita bantu dan insya-ALLAH saya akan memudahkan,” jelas beliau.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved