
Blizzcon 2026 berlangsung hujung minggu lalu dan ada dua berita menarik untuk peminat siri permainan video Diablo. Pertama sekali Diablo V akan tiba pada musim bunga 2029. Ia adalah kesinambungan kepada Diablo IV yang dilancarkan pada tahun 2023.
Diablo V berlaku 100 tahun selepas Diablo IV dengan Sanctuary telah jatuh ke tangan Diablo. Dengan dunia kini sudah musnah menjadi wilayah baharu neraka, sistem pekan dan bandar tradisional siri Diablo tidak lagi diteruskan. Sebaliknya pemain mengumpul pasukan yang bergerak dalam karavan merentasi Santuary yang musnah.

Permainan masih di peringkat awal pembangunan dengan Blizzard hanya berkongsi beberapa imej konsep serta tiga kelas watak yang boleh dimainkan iaitu Demon Hunter, Monk dan Plague Knight. Plague Knight ialah kelas baharu yang menyebarkan penyakit dan wabak untuk meningkatkan kuasa peribadi.
Selain itu turut didedahkan sistem inventori Diablo V akan mengambil inspirasi daripada inventori Diablo II. Senjata mengambil slot ruang terhad, keperluan statistik tertentu untuk menggunakan kelengkapan, sistem rune dan set kelengkapan akan dikembalikan.

Sementara menanti Diablo V dalam masa tiga tahun lalu. SIri animasi Diablo turut diumumkan di Blizzcon dengan ia akan diterbitkan oleh Netflix. Tiada tarikh dikongsi bila siri animasi ini akan boleh distrim. Ini menjadikan Diablo satu lagi permainan video diadaptasi oleh Netflix. Netflix sudahpun mengadaptasi Resident Evil, The Witcher, Splinter Cell, Onimusha dan League of Legends sebelum ini.






