Siri Cip Pemprosesan Intel “Nova Lake Xe” Dijangka Menyokong Penggunaan Memori DDR5-8000

TechnologyDigital
10 Sep 2026 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan generasi akan datang mereka, Intel Nova Lake pada penghujung tahun ini, dengan sejumlah butiran tentang siri cip pemprosesan kelas desktop mereka telahpun tertiris ke arena web.

Kini tiba giliran siri cip pemprosesan kelas komputer riba pula, dengan kod nama yang diberikan ialah Intel “Nova Lake Xe”, untuk menandakan bahawa cip pemprosesan tersebut dijangka hadir dengan cip grafik Intel Xe3p yang terbina didalamnya.

Maklumat yang ditiriskan mengenai siri cip pemprosesan ini buat masa ini adalah ia dijangka hadir dengan sokongan untuk modul memori DDR5-8000, iaitu memori kelas komputer desktop. Untuk komputer riba, jenis memori yang secara lazimnya digunakan ialah LPDDR5 ataupun LPDDR5X, yang menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.

Intel HQ

Sokongan untuk memori DDR5 ini dilihat cukup menarik kerana untuk cip pemprosesan kelas komputer riba, melainkan ia adalah siri cip pemprosesan kelas HX untuk gaming berkuasa, secara lazimnya memori LPDDR5 (Low Power) digunakan untuk membolehkan bateri komputer riba bertahan lebih lama.

Jika benar, ini mungkin bermakna bahawa kebanyakan model-model cip pemprosesan dari siri desktop ke komputer riba (Nova Lake-S, Nova Lake Xe) akan hadir dengan sokongan untuk modul-modul memori yang sama. Ini dilihat akan membenarkan jenama-jenama komputer untuk menggunakan cip pemprosesan komputer riba untuk menguasakan komputer-komputer bersaiz kecil untuk tujuan produktiviti harian biasa tanpa memerlukan cip pemprosesan kelas desktop.

Ini bukanlah untuk mengatakan bahawa komputer-komputer ini akan hadir dengan tanda harga lebih mampu-milik kerana harga komponen lain seperti memori dan storan masih lagi berada pada tahap yang sangat mahal sekali buat masa ini, dan masa akan datang.

Sumber: TechPowerUp

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved