‘Diam’ Menang Anugerah Lagu Tema Terbaik Di Asian Academy Creative Awards 2024

4 Dec 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lagu ‘Diam’ nyanyian penyanyi, Hael Husaini berjaya merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hael sendiri menerusi satu kemas kini di Instagramnya pada Rabu.

Menerusi hantaran tersebut Hael menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut. 

"Malaysia We did it! ?? Alhamdulillah," kata Hael ringkas.

Diam merupakan ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh berjaya mengenepikan pencalonan lain yang turut bersaing dalam kategori sama antaranya The Lover's Waltz (Albert Chau), Poda (Jhanu Chanthar) dan Nothing Impossible (Ian Axel & Chad Vaccarino).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada penyanyi dan komposer berbakat besar itu.

Sekadar info, lagu Diam merupakan runut bunyi untuk drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend yang dibintangi Nadhir Nasar, Qasrina Karim, dan Hael Husaini.

Lagu Diam merupakan salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael Husaini iaitu ‘Antonim Part I’ dan sehingga kini jumlah tontonan muzik videonya sudah melebih 2.1 juta tontonan di saluran Youtube Hael Husaini.

Asian Academy Creative Awards merupakan platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, lem, dokumentari dan muzik tema.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved