Dianggap ‘garisan merah’, DAP paling terkesan isu pengampunan bersyarat Najib: KJ

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 9:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Dianggap ‘garisan merah’, DAP paling terkesan isu pengampunan bersyarat Najib: KJ

KUALA LUMPUR - Meskipun pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kesan kepada DAP yang sebelum ini menyifakan ia sebagai ‘garisan merah’ namun parti itu boleh menyatakan keputusan berkenaan akhinya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, DAP juga boleh menyatakan bahawa keputusan berkenaan tiada kaitan dengan mereka.

Beliau berkata demikian dalam episod terbaharu podcast ‘Keluar Sekejab’ malam tadi ketika Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan hari ini bagi membincang dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib.

“Beri kesan (pengampunan bersyarat) kepada Pakatan Harapan (PH) terutama DAP sebab DAP telah menyatakan ini adalah ‘garisan merah’ bagi mereka terutama Hannah Yeoh (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)) yang berada dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Tetapi, DAP pun ada get-out clause juga. Mereka boleh kata ‘kami telah memberikan pandangan kami, tetapi akhirnya keputusan terletak pada Yang di-Pertuan Agong’. Mereka boleh cakap keputusan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan esok bagi membincang dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loke berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dan Keluhuran Perlembagaan.

Katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah menyampaikan pendirian dan pandangan yang selaras dengan prinsip perjuangan DAP ketika menjalankan tanggungjawab beliau sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara semalam.- 19 September, 2026

The post Dianggap ‘garisan merah’, DAP paling terkesan isu pengampunan bersyarat Najib: KJ appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved