Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang berstatus suami orang ditahan bersama seorang wanita berusia 30-an selepas disyaki berkhalwat di sebuah unit pangsapuri di Kluang, Johor.
Pasangan berkenaan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi. Menurut JAINJ, lelaki terbabit dipercayai bersekedudukan dengan wanita tersebut sehingga mereka dikatakan mempunyai seorang anak.
Sebelum serbuan, pihak penguat kuasa menemukan sebuah kereta dipercayai milik lelaki berkenaan di kawasan parkir kediaman tersebut.

Tunggu 25 minit baru buka pintu rumah
Anggota JAINJ kemudian mengetuk pintu serta memberi salam, namun tiada jawapan diterima. Selepas menunggu kira-kira 25 minit, barulah lelaki terbabit membuka pintu.
Ketika disoal, lelaki itu mendakwa wanita yang berada bersamanya merupakan ‘bakal isterinya’. Pemeriksaan di salah sebuah bilik kemudian menemukan wanita tersebut bersama seorang bayi yang sedang tidur.
Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Semakan terhadap bayi berkenaan pula mendapati hanya nama ibunya tercatat.

Merayu, ramai orang kenal
Lelaki tersebut turut dilaporkan merayu kepada penguat kuasa kerana bimbang menanggung malu memandangkan ramai mengenalinya di daerah berkenaan.
Menurut JAINJ, lelaki itu juga mengaku pernah melakukan ‘aksi terlarang’ bersama wanita berkenaan beberapa kali ketika berada di rumah tersebut.
Difahamkan, lelaki terbabit bekerja di Kluang manakala wanita tersebut menjalankan perniagaan secara sambilan dan menyewa kediaman berkenaan.
Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan khalwat dan Seksyen 23 enakmen sama berkaitan zina.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon Wanita Jawab Dakwaan Sudah Kahwin Dengan Jejaka Bersekedudukan - "Hati Tengah Berbunga Tapi Biarlah..."
The post Dicekup Jam 1.15 Pagi, Suami Orang Bersekedudukan Dengan Janda Hingga Lahirkan Anak – “Bakal Isteri Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![[VIDEO] Terkejut polis patah balik, ingat rumah kena rompak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-23-at-12.37.00-PM-1024x538.jpeg)