“Bella ok guys, dia faham” – Dituduh Bergaduh, Janna Nick & Puteri Sarah Jawab Dakwaan Tak Hadir Majlis BASS

LocalEntertainment
19 Oct 2026 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft puteri sarah janna nick

Majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq di MITEC malam tadi sememangnya menjadi tumpuan ramai peminat yang masih memperkatakan mengenainya sehingga ke hari ini.

Terbaru, ada di kalangan netizen didakwa mula mempersoalkan ketidakhadiran dua pelakon yang dikatakan rapat Bella Astillah iaitu Janna Nick dan Puteri Sarah Liyana ke majlis tersebut.

Terpanggil dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka, Puteri Sarah Liyana dan Janna Nick akhirnya tampil memberikan penjelasan bersama bukti di laman sosial masing-masing bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Artikel berkaitan : Hampir Separuh Hari Di Unit Kecemasan, Puteri Sarah Ditahan Di Wad

Artikel berkaitan : “Takut I sedih ke” – Janna Nick Pelik Kenapa Tak Pernah Dapat Undangan ‘Baby Shower’ Daripada Rakan

Puteri Sarah tunjuk screenshot mesej WhatsApp dengan Bella Astillah

Menerusi Threads, Puteri Sarah meluahkan rasa terkilan apabila setiap tindak-tanduknya sering dipersoalkan oleh segelintir warganet.

“Semua benda nak kena explain, penat. Kepada yang berhati busuk silalah baca ni dan next time tengok story saya ya sebelum JUDGE.”

Puteri Sarah turut memuat naik gambar tangkap layar perbualan WhatsApp yang dihantar kepada Bella Astillah.

Mesej tersebut menunjukkan Puteri Sarah memohon maaf secara baik kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Bella disebabkan terlibat dengan penggambaran telefilem.

Bella juga dilihat membalas mesej berkenaan dengan penuh mesra, memahami komitmen kerja rakan artisnya itu dan mendoakan kebahagiaan sesama mereka.

Screenshot 2026 10 19 153925

Janna Nick dah bersemuka dengan Bella Astillah tak dapat hadir

Bukan hanya Puteri Sarah, pelakon dan penyanyi Janna Nick turut tampil memperjelaskan situasi sebenar selepas menerima pelbagai pertikaian berkenaan ketidakhadirannya.

Janna menjelaskan bahawa dia sememangnya dijemput, namun terpaksa menolak jemputan tersebut awal-awal lagi kerana telah bersetuju untuk menghadiri acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) pada tarikh yang sama.

“Jangan la buat spekulasi. Saya dijemput, tetapi tidak dapat menghadiri kerana terlebih dahulu telah bersetuju untuk hadir ke Anugerah Melodi. Dan saya pun dah inform secara face to face kepada tuan empunya badan, Bella Astillah sendiri.”

Screenshot 2026 10 19 153941

Janna turut memuat naik bukti maklum balas RSVP rasmi majlis perkahwinan bertagline #BellaSyedYes yang ditanda ‘Maaf, saya tidak dapat hadir / Regret’. Menurut Janna, Bella sangat memahami situasinya dan memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Menerusi ruangan komen, apabila ditanya dapat undangan lewat ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq berbanding artis lain, Janna menjelaskan bahawa Bella sangkakan dirinya masih lagi menetap di London.

Sumber: Threads Janna Nick, Puteri Sarah

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved