Didakwa Ada Elemen LGBT, RTM Hentikan Siaran Animasi Santigo Of The Seas

LocalEntertainment
18 Nov 2025 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sebelum ini, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mendakwa, siri animasi yang ditayangkan di TV2 iaitu ‘Santiago of The Seas’ mempunyai karakter songsang dan mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah mempersoal tindakan kerajaan yang sepatutnya mengambil perhatian terhadap sebarang penyiaran berhubung kait LGBT ini kerana tidak mahu ‘penyakit’ itu dinormalisasi di negara ini.

Susulan itu, DUPP menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penyiaran kartun tersebut.

Artikel berkaitan : Baru Seminggu Bergelar Pengantin Baharu, Pengarah Animasi Ejen Ali Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Artikel berkaitan : “Semoga segera pulih” – Animasi Tempatan Titip Doa Buat Indonesia

Tiada sebarang elemen hubungan sejenis – RTM

image is not available

Terpanggil dengan gesaan tersebut, pihak RTM tampil memberikan respon setelah melakukan Penilaian Kandungan dan semakan. Mereka menegaskan bahawa animasi tersebut tidak menggambarkan sebarang hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang eleman yang menjurus ke arah itu.

Bagaimanpun, pihak RTM membuat keputusan untuk menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian yang lebih lanjut tentang keseluruhan kandungan siri tersebut untuk memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti masyarakat.

image is not available

“RTM komited untuk memastikan semua kandungan yang disiarkan mematuhi etika penyiaran dan tidak menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak.”

Dalam pada itu, RTM turut memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menimbulkan spekulasi yang tidak wajar serta merujuk terus kepada pihak mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : malaysiakini, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.