Didakwa ceroboh Hutan Simpan Angsi, lelaki didenda RM6,000

LocalEnvironment
10 Sep 2026 • 6:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Didakwa ceroboh Hutan Simpan Angsi, lelaki didenda RM6,000

Mahkamah Sesyen Seremban denda lelaki RM6,000 atau penjara dua bulan kerana menceroboh dan mengusahakan tanah di Hutan Simpan Angsi tanpa permit sejak 2018.

SEREMBAN: Seorang lelaki didenda RM6,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal tanpa permit penggunaan.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Kai Sang, 61, dan turut memerintahkan penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Lee didakwa menanam pokok limau kasturi, durian dan pisang selain menternak lebah kelulut serta ikan air tawar dalam kolam tanpa permit penggunaan di Kompartmen 55, Hutan Simpan Angsi, di sini, pada 10.13 pagi, 12 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang diterima pakai di Negeri Sembilan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakaian) 1986 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 32(2) enakmen sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000, penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Muhammad Hanis Zulkapli memohon hukuman berat atas kesalahan itu berdasarkan rekod pembayaran permit penggunaan Hutan Simpan Angsi kali terakhir yang dibuat oleh Lee pada 2017.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan Lee mengetahui bahawa penggunaan tanah berkenaan memerlukan permit penggunaan, namun terus mengusahakannya selama kira-kira lapan tahun tanpa permit.

“Tanah berkenaan termasuk dalam kawasan yang memerlukan permit penggunaan dalam Hutan Simpanan Kekal dan penggunaan tanah itu tanpa bayaran permit menyebabkan kerugian hasil kepada kerajaan negeri sejak 2018,” katanya.

Lee ketika rayuannya berkata dia menandatangani perjanjian dengan pemilik lain pada 2019 dan membayar sewa tanah berkenaan setiap bulan sejak 2014.

“Saya menampung perbelanjaan harian melalui hasil tanaman dan ikan yang dijual di pasar pagi manakala isteri pencen guru serta membantu menanggung bayaran perumahan keluarga,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved